gy

let's get connected

Showing posts with label pandanganku... Show all posts
Showing posts with label pandanganku... Show all posts

Monday, July 15, 2013

help2..sape tau cmne nk unfolliw blog?

Tajuk dah menceritakan segalanya?so sape leh tlg jwb?hehe...
Bkn saje2 nk unfollow blog korg2 sume tp ada 2,3 blog tu rasa mvm xsesuai je dgn jiwa i.. bila bukak reader's pan...asyik muka org tu je yg update..sehari ntah brape puluh post dia which is post dia bg aku tak best nk baca..so aku selalu xdpt nk follow update blogger2 yg aku suka..kalau nk baca kene pilih dkt nama blog diorg which is aku rasa mcm kurang best..aku nk yg news feeds mcm fb tu sume org punya update aku leh baca..so sesape yg baik gati nk tlg aku?btw,aku on9 guna tab je sbb kt ofis blogspot disekat..dh blk umah mls nk on laptop..help me please :)

Saturday, October 22, 2011

Australia,here I am. (part 1)

Dah seminggu menginap kat Brisbane, Australia ni.
Best ke?
hurm..so far I supposed ok lah kot.
ok je?takkan ok je kot?
Well, to tell the truth, I haven't been anywhere yet!
just pusing-pusing around the neighborhood etc only.
belum berkesempatan utk berjalan ke sana ke mari.
sbbnya I come here partly on a holiday and partly to work.

kerja?
fuyooo...keje kat Oz tu..
hahaha..ye lah sgt tu!

keje apa?

BABYSITTER!

weewitt!

babysitter je?
jgn pandang rendah tau!
kat sini even gaji cleaner pn sebulan AUD2,000.
byk tu!
kali 3 =RM6,000.
korang taknak?hehehe..
aku belaja tinggi-tinggi,keje kt kl pn tak dpt gaji camtu lag...huhuhu..
agaknya itulah apa yg maid2 indon dtg keje kat Malaysia kan?
uhuk2..
tapi..aku dtg sini jadi babysitter for my nephews je.
so takdelah aku dpt byrn setinggi tu kan?
uhuk2..lebih kpd dpt amalan pahala dgn dpt experience living in here jelah.

walaucamne pun..yeah!
I admit that this is really a nice country.
The people, the way they run their everyday live, their rules & obligations etc.
sgt menarik and I wonder can Malaysia or Malaysian be like this?
I hope we can and we will!

it's a good thing that I come here bukan sekadar utk holiday sbb kalau dtg untuk vacation, kita akan nmpk perspektif yang berbeza dgn kalau dtg utk tinggal.

stay tune if you want to know more about my experience here!
wink!


Oh! did I mentioned my 1st pitt stop when I reached here?
Of course, taste their delicious coffee and their famous activities here, picnic?



Pardon the ugly face!just got off the 8hrs plane and served with hot Cappuccino and home made burger. What a way to start the day.. ^_^

this is where we bought the coffee. takde pulok nama kedainya. it was cre8ive coffee.
and this is where we had our picnic. Lupa pulak namanya, tp hanya 10minits drive from Oolangata Airport,Gold Coast

Sunday, August 21, 2011

kereta anda pernah dilanggar atau melanggar?apa nak buat?



pernah DILANGGAR kereta lain?
pernah MELANGGAR kereta lain?
pernah TERLANGGAR anasir -anasir luar yakni tembok,pokok mahupun pintu pagar yang tak bersalah?

YA!
kereta saya pernah semua di atas!

(apa malang kereta ko ni,kata kakakku..)

harap maklum:

melanggar kereta orang ketika emosi tak berapa stabil, terlupa nak tarik handbreak masa berhenti kat bukit.Lantas kereta ku menjunam dan menghentam kereta di hadapan.
 Dan juga peristiwa sandwich kereta sbb kesengalan wira di hadapan. nak tau lbh lanjut cerita kat sini

terlanggar pintu pagar!
aduh!ni kes yg amat memalukan. nak masuk pagar service centre tersalah bajet paking dan terus menghentam pagar yang tak bersalah itu. Amat malu terus drive keluar dan tak jadi service..hahaha..(ini masa mula2 bawak motokar,paking mmg fail..tapi sekarang???tgk oranglah!huh!)

dilanggar kereta orang lain.
dah 2 kali!
1 on the way balik dari kerja dan on the way pergi kerja!

so apa nak buat kalau berlaku perlanggaran?

settle kat LUAR?
or settle kat DALAM?

DALAM?

DALAM?

ngeh..ngeh..ngeh..
dalam balai lah!


1. Langkah Pertama: tarik nafas panjang-panjang. Relaks!jangan gelabah ayam mcm aku! (ni kes kemalangan yang tak teruklah)


2. Langkah Dua: jangan bikin gamat kat tengah-tengah alam tu yer. Berhenti tepi!jangan jadi macam aku jgk!tapi kalau dh jalan jam nak berhenti tepi macam mana?


3. Langkah Tiga: bawa berbincang. 
nak settle mana?
Dalam or Luar?
kalau dia cakap luar, amiklah benda -benda yang patut. 
Contact no, plate kereta, dll.
kalau dia cakap DALAM, maksudnya pergi report polislah..


4. Langkah Empat: pergi report polis.
tak perlu kedua - dua belah pihak berada bersama. 
Anda buat report anda dan dia buat report dia bila - bila masa ada kelapangan tapi yang penting dalam tempoh 24 JAM selepas kejadian. After that, polis tak terima report anda.
Apa yang anda perlu ada adalah cukup dengan plate no kereta itu dan satu kelebihan kalau boleh dapat contact no pemilik kereta itu. Kalau takde pun takpe.


5. Langkah Lima: Claim Insuran
yang ini aku tak berapa tau sgt prosedurnya sbb aku malas nak amik tau. aku nak keje mudah memandangkan aku wanita berkerjaya di mana aku memang tak boleh sesuka hati nak buat pejabat tu macam aku yang punya. leceh tau!
Ko kene pegi balai balik ambik result penyiasatan pastu nak kene prepare tu,prepare ni,hantar sana hantar sini..So, lebih baik aku suruh orang yang running urusan insuran aku tu.


Mana nak cari runner ni?Takyah risau..bila korang pergi Balai Polis trafik kat tempat parking tu ,ramailah orang2 bengkel yang akan kejar korang..pilih jelah yang mengikut kesenangan korang tapi 1 thing yg takutnya, takut hasil kerja tak cantik and ada masalah yang akan datang.
Macam kes aku, aku mintak sarjan tu yang rekemenkan aku dengan bengkel - bengkel yang biasa dia deal. Kalau dia rekemen, takkan dia nak bagi yang cikai-cikai kan?
tak pun korang boleh pilih service center model kenderaan korang sendiri..macam tu sah - sah barang ORI yang digunakan tapi problemnya time consuminglah..


6.Langkah Enam: hantar kereta ke bengkel pilihan hati. Bila dah siap, boleh terus drive tanpa pikir benda - benda sampingan sbb dah ada orang lain yg uruskan. Cumanya korang kene provide dokumen - diokumen berikut:
              - salinan IC
              - salinan lesen memandu
              - salinan muka hadapan polisi insuran kereta anda
              - salinan geran kereta anda



sebenarnya, report polis lebih selamat sebab ianya mengikut undang - undang dan orang mmg takleh lari. Kalau nak settle luar tu, kebarangkalian untuk orang itu lari adalah tinggi..

Yer, mungkin dia bagi no telefon yang sahih,
no plate yang hakiki
tapi besar kemungkinan bila anda call dia, dia taknak layan..
 betul tak? Ada logik tak?

So, nasihat aku..or lebih baik pandangan aku..
kalau yer pun nak settle luar, apa2 hal pun pergi report polis dulu sebab benda hanya valid untuk tempoh 24 JAM je.
kalau dalam masa 24 jam, anda tak report kejadian kemalangan, polis dah tak terima dah.
Bila kata pesalah yang melanggar kereta anda itu dapat di hubungi, anda boleh drop report itu.
(ini hanya langkah berjaga - jaga supaya anda tak tertipu, itu saja)

Orang selalunya tak suka report polis sebab:

         - yang bersalah kena saman RM 300 kerana melakukan kesalahan jalan raya
         - Bila Claim insuran, NCB akan naik mencanak balik. So, next year nak bayar insuran mahal.

Pendapat aku, kalau kereta rosak teruk dan menelan belanja yang tinggi, baik claim insuran je. Melainkan kalau korang banyak sgt duit, sayang nak bayar insuran tahun depan tinggi tapi tak sayang nak  bayar repair kereta sendiri dan kereta orang yang dilanggar itu, silakanlah..tak salah..

Sekian sahaja dari saya pihak yang telah merasai kesemua - kesemua kejadian di atas. Pasni kereta saya kene mandi bunga =P








Wednesday, July 20, 2011

OMG!why..why..?Why JLo breaks up with Marc Anthony?





JLo breaks up with Marc Anthony?

Why?

Why on earth?

Okay, so what if this is not fresh news baked from oven?


But I'm so in love with JLo together with Marc.
I'm a great fan of JLo..
not because of her songs..
trust me I hardly know her songs..
so much of a fan,huh?
But sure do I watch her movies.


I love her because of her looks..
and the body..
It's a WOW!

ngee..


after all she's listed as 1 of the beautiful person on earth,right?




While, on the other hand I was never a fan of Marc Anthony.

Why?

Because he hasn't has the type of looks that I like..
Unlike Ben Affleck..



So when at first, JLo marries Marc and breaks up with Ben..

I was like...

What the h...?

until I watch this clip..






DUSH!!


I have fallen in love with you, Marc!
like seriously!








It was a sweet thing watching them together performing at American Idol.








But, well..they have their own reason why they decided to be apart..

Let them just be..

Takde apa yang merugikan aku pun..=P



Wednesday, June 1, 2011

Collagen???Perlukah?

p/s - kalau taknak baca mukadimah yg ntah apa2 ni..sila skroll down terus ke tulisan yang dah di bold merah..=)


Tahukah anda umur saya tahun ini 26 tahun?
dan tahukah anda tidak lama lagi saya akan mencecah genap 27 tahun saya bernafas di bumi milik tuhan ini?
yuicks!time flies so fast! OMG!
seriusly?frankly, memang den pun tak cayo!
tapi itulah hakikatnya..hehehe..


Ya..ya..orang cakap umur tu kan angka je..yang penting hati!
yeah, right!tp bolehkah anda berkelakuan seperti umur 18 tahun sedangkan kedut2 sudah jelas kelihatan di wajah?kan tak manis tu..(poyo!)


hey!bukan nak cakap muka I ada kedut er!
grrrr!!belum lagi, okay!

tapi itulah yang membimbangkan!

mula-mula pikir..alah baru 25 lah! 
umur 30 nanti barulah aku start menggagau nak guna produk apa..

tapi it all started bila aku mulai sedar kesan-kesan parut jerawat kat muka dah mulai liat nak hilang..

taktaulah adakah ianya kesan - kesan daripada mekap - mekap yang aku pakai during photoshoot or what 

tp sekarang pun dah semakin kurang dah orang tegur 

'eh,kulit u cantiklah..bersih,takde jerawat,parut!' 
hee..ayat bangga sket kat situ!hahaha..

ZZZaaassss!

tak baik riak tau!

tuhan marah!


Malaslah nk menceceh panjang..dipendekkan cerita..
aku ada berkenalan dgn sorg akak ni..
hehehehe..sbnrnya lebih pangkat auntie sbb anak dia pun umur 20 something!tp aku pggl akak je..

cantik giler!umur 43 ke 45 lupa dah..
tp yg penting badan slim melim,uols!
anak 7!huwargh!lagi giler bila aku dengar!

aku kenal akak ni kat kelas mekap..
tp even without mekap muka akak ni..
wa cakap lu!tegang!
jeragat ke,parut ke takde!
kulit dia licin dan skin complexion pun cantik!

maintenance akak ni tinggi kot!
hahaha..
tp muka dia tak nmpk palsu pun..
takdelah kesan cucuk sana cucuk sini..

so apa lagi..dok borak2 ngan akak tu..hehehe..
tanyalah rahsia kecantikan dia..


'akak amalkan makan collagen,dik. Dah 3 tahun lebih dah akak makan. Memang tip top! anak akak pun akak bagi makan. dulu kulit dia macam berjerawat dan bermasalah tapi sejak makan kulit dia sekarang dah takde masalah dah'


aku pun apa lagi!wah!!!!
nak cantik jugak!

so di situlah bermula segalanya!

pharmacist suggest it,suggest ini..
tapi ada 2 brand yang menarik minat aku!
1 tu someone close to me baru start minum..dia kata mmg dia dpt rasa perbezaan..
tapi before I start choosing which one, i do some googling dulu..


so tau ke apa itu collagen?dan apa kaitan collagen dgn keanjalan kulit?

sejujurnya dulu aku tak tau..hee..tp biar aku ringkaskan melalui pembacaan aku k..
Dalam badan kita ada bnyk jenis protein salah satu drpdnya adalah collagen! 25% drpd protein badan terdiri drpd collagen.

collagen pula ada 25 jenis! Di antara 25 jenis ni, 12 drpdnya terdapat pada kulit kita. So nampak tak kaitan antara penuaan dan juga collagen? =)


Kenapa pentingnya collagen?

Secara teknikalnya, collagen menghasilkan sokongan kepada struktur sendi. Collagen boleh di dapati setiap bahagian tubuh contoh macam gigi, tulang, paru - paru dan other important internal organs lah!
Collagen bekerja bersama - sama dengan protein lain seperti elastin. Ianya menghubungkan dan juga menyokong tisu badan. Maknanya di sini -> collagen menghasilkan kekuatan dan keanjalan manakala elastin menghasilkan fleksibiliti.


Kepentingan Collagen untuk kulit

kulit manusia terdiri drpd 3 lapisan :

- epidermis
- dermis dan
- subcutaneous layer (malas nk cari term BM, hehehe)



antara ketiga - tiga lapisan ini, collagen merupakan komponen utama lapisan kulit dermis. so, meaning to say, lapisan dermis inilah yang bertanggungjawab akan sifat elastic dan kehalusan kulit. 
produktiviti collagen akan berkurangan seiring dengan pertambahan umur. Disebabkan itulah, semakin kita berusia, semakin hilang keanjalan kulit!

So, adalah penting untuk anda mengetahui perihal kepentingan collagen ini sebelum umur anda mencecah 30! Sebab semasa umur inilah, penghasilan collagen akan mula berkurangan dan kedut - kedut serta other aging  signs start to show!

tapi besar kemungkinan this aging signs may start earlier due to other factors such as of course environmental factors! so, there is nothing to loose if you start early!

so, that exactly what I'm going to do! I mean collagen bukan hanya untuk kulit cantik je yer, kawan- kawan! ianya bagus juga untuk tulang, gigi dan sendi anda! so , pengambilan yang teratur boleh menjaga kesihatan dan juga kecantikan diri kita..

* wink! *

misi selepas ini adalah mencari supplement collagen yang terbaik untuk diri sendiri! yang baik dan juga tak memudaratkan poket I tiap - tiap bulan!heee..

farewell, guys! until we meet again! =)


nota kaki: gigih akak, dik non!wat entry ni!uhuk2..ingt senang ke nk wat entry ilmiah? =P

Wednesday, April 13, 2011

Part 1 - Study Trip to Hanoi, Vietnam (24 - 25 March 2011)

Backdated punya entry sbnrnya..nak menulis pun ikut mood dan kelapangan masa..

ok, there goes..please read the tittle -> Study Trip, therefore it was a study trip..ngee..actually no! More to like jalan - jalan je..

kenapa study trip? well, i ni kan part timer student of Construction Management in Uitm. This is suppose to be my final sem, but since I decided to drop my thesis this sem, so, that's means I'm still attach to Uitm next sem! Well, see ya Uitm! ngee...

before further due, nak habaq mai lah kan..gmbr2 yg terdapat di sini adalah daripada kamera kwn2 dan sy sendiri!tapi tak bnyk pn dari aku!sbb aku ni jenis tak suka menangkap gmbr tp suka bergmbr..hehehe..so, pd kwn aku yg rasa2 gmbr korg kene cilok,ampunkanlah dosa aku yer.takkan pasal gmbr pun nk berkira kot?


oh! and ya! all the pics edited by me and sorry for that if i manipulate uols nyer gmbr pulak k..
ok, stop babbling..straight to the whole idea of this en3..

this study was intended for our last project in the course of Integrated Simulation Project 2 (ISP2) which is kitorg kena conduct a 'real situation project' for international market. Since, lecturer dah pilih Vietnam as potential country, so kitorg kenalah investigate why, what, how Vietnam. Malas nak cite panjang pasal course ni..but more excited to tell the story of the trip.

p/s - ko ni nk ckp BM ke BI?
suka hati akulah labu...ada aku kisah? =P

Rombongan ni terdiri daripada 22 org pelajar Msc Integrated Construction Management, Uitm dan 5 org pensyarah pengiring..pastu ada 2 org student Phd, itu tak termasuk spouse lecturer2 k..so total up dalam 32 org termasuklah sorg travel agen from Smart Travel & Tours.

kos pergi balik - RM 1,998 huh!nyusahkan betul! bundarkan aje jadi RM 2,000!
memula bila nk kene kuar duit RM 2K rasa cam mahalnyer! tapi bila dah alami sendiri, rasa mcm berbaloi dan kalau ikutkan murahlah berbanding dgn servis yg diberikan..so thumbs up to Smart Travel & Tours especially to Kak Nida..hehe yg bnyk membantu I dalam sesi tawar menawar k..Love u, Kak!

Kha, 24 March 2011

- departure from KLIA to Noi Bai, Hanoi at 10.15 am
- arrived to Noi Bai airport around 1.15 pm local time. beza waktu Hanoi dgn Kl 1 jam delay, so in Kl around 2.15 pm camtu..

@KLIA before departure


@ Noi Bai Airport, Hanoi upon arrival


nak cerita sdkt pengalaman dlm flight. Dlm flight, aku terpisah sket dari group rombongan..tercampak kat depan sengsorang..nasib duduk sblh tgkp..aku duduk sebelah budak Mat Saleh..

ok, budak yer!6 tahun..
sebelah dia bapak dia yg keje asyik nak tido je..hehehe..
sian anak dia tu..nak ajak main..

budak tu peramah..dok sembang2 dgn aku..so takdelah rasa bosan sgt. He's French and can speak fluent English..tapi somehow slang budak ni macam pelik semacam..hahaha..org perancis nyer slang ke cmni?
so aku pun tanya

aku: where do you live?
boy: Bangalore

Dang!!!!
no wonderlah slang and the way he speaks mcm Indian..siap geleng2 kepala lagi bila bercakap..
moral of the story, I xnk anak I pn nanti ada that accent k..(huh!ada kaitan ka?)

so, reach Hanoi..first thing first -> TOILET!

toilet takde paip air k! nilah salah satu masalah org Malaysia..hehe..


- meet our local travel agent -> Suan

- check in hotel -> Bro & Sis Hotel
- cyclo ride around city of Hanoi. Cyclo ni beca org2 Vietnam
     Hanoi from 1st impression?
     hurm, pelik..kenapa bangunan dia tinggi2 tapi slim nak mampos?tak proportion betul!
     trafik?takde apa yg pelik sgt sbb dah biasa tgk dlm Amazing Race. Bersepah2 motor yg jln ikut suka hati diorg je..pastu sket2 main hon.Kesimpulannaya, sgt2 bising dan agak kotor dan berbau..

See that tall building with horses statues entrance?
Indonesian investors projects and the price for 1 unit  to rent is USD 1,000 if I'm not mistaken..
I sort of mixed up the numberslah..

the architecture of Hanoi -> slim & tall
as explained by Suan (our travel agent) tanah kat Hanoi sgt2 mahal especially kt prime area.
1 lot yg kecik tu boleh mencecah USD 2 mil.
that's is why Vietnamese built max as they can..

inilah cyclo

okay! I bought this photo for 20,000 VND = RM 3.00
in Hanoi, diorg will do anything to get money, including jadi street photographers yg take shot of random tourist and then they will sell to the tourist.

tips from Suan - Lintas jalan tutup mata je,pasti selamat!
dan itulah apa yg aku praktikkan..hehehe..main lintas je ikut suka..
motobikers they know mcmana nk mengelak..
Cyclo pun ada no plate tau! Malaysia ada?



famous bridge in Hanoi unfortunately I lupa nama apa..
It was built by the same architect of Eiffel Tower
notice that tall and slender building?
and that mural wall?
it is 4km long to celebrate Hanoi city of 100 years
oh!and its not painted it is made up mosaic tiles.

- Water Puppet show
          water puppet show ni lebih kurang mcm wayang kulit Malaysia tapi wayang kulit ni guna karakter bayang2 kan? puppet show ni guna puppetlah..tp bkn cm omputihnyer style yg attached to strings to..bukan! dia adalah puppet2 yg menari-nari di dalam air..hahaha

Bangunan Water Puppet theatre


Puppets In action!

puppets!


- then, dinner time! Nisa Restaurant
 satu lagi masalah org Malaysia, actually Muslim of courselah makanan!dekat Hanoi, susah gila nak cari makanan halal k! there is only 2 halal restaurants in Hanoi. 1 Indian Restaurant, Tandoor and the other 1 is Nisa Restaurant. For your info, Nisa Restaurant ni restoran org kita.
yes!truly Malaysia! pandai org kita berniaga kan?

owner dia Malaysian kawen dgn Vietnamese - open Halal restaurant di mana dia sendiri yg sembelih ayam dan daging dan supply to others jugak.

kat restoran Nisa, terjumpalah 2 org kawan yg pergi on a private trip. Diorg ajak aku sekali masa nk g tu, which is since last year (Air Asia kn..kenalah book awal.) nasib baik aku ckp taknk sbb takut clash dgn belajar..sekali betul2 lak...

Long lost friends! =P
xleh blah bila diorg mcm tercengang jmpa aku..
yg aku lak terkinja2 melompat peluk2 diorg..sengal tul!

after dinner, balik hotel. Tapi sbb Malaysian ni kan terkenal dgn sifat pemurah nak meningkatkan ekonomi negara orang, so kitorg pun pegilah jalan2 survey barang dekat kedai2 berhampiran hotel.

tension aku!macam itik dgn ayam bercakap!
Suan ckp Vietnamese tau a little bit English tapi ini mcm lgsng tak tau apa ni..
balik kekecewaan dan tido lagi bagus!
esok boleh lagi..

dan nantilah smbg lagi..nanti tu pun tak tau zmn bila..tgk mood jgk k.. =)

P/S - lupa nak ckp..the weather there at the moment of visit is so cold and windy. It's winter time! but it is said that it is more colder than ever. Around 11 degrees cold.

Friday, March 4, 2011

Beastly - Personal Review



last Wed, 02 March 2011.. Dapat jemputan daripada Nuffnang untuk tayangan perdana cerita Beastly..
ala..yang sebelum ni aku ada buat sinopsis berdasarkan googling je..nso daripada situ aku dapat free passess for two persons. nak tau klik sini!

Semalam pun aku join satu lagi contest untuk free passess lagik!rasa-rasa macam dah addicted je.
hehehe..this time for 3D movies lak..Mars Needs Mom!
hopefully dapatlah lagik!tapi kalau dapat kena berkira- kira nak ajak siapa pulak..
nak ajak cik Fhana lagik ke?tayangan hari rabu jugak.
hurm..nanti kesian suami dia..kena tinggal lagi! =)
tak kisahlah..dah dapat baru pikir!
ni advance sangat ni!

okay..back to the point..
review on Beastly..

I don't like it!
Seriously, I don't like it!
kenapa ya?
fhana pun kata tak best. Dia kata baca aku nyer sinopsis sket punya teruja...
tapi hampeh!
hahaha..sorilah babe!
I pun terpedaya dengan hasil coretan I sendiri k..

taktaulah kalau orang lain yang menonton itu cukup teruja..
but not us!
somehow,macam something kureng kat movie tu..

aku rasa macam cerita tu lembap semacam..
and Vanessa Hudgens tu macam tak best je dia berlakon!
takde ekspresi muka!
huh!marah lak die hard fans dia..

romance scene pun macam tak cukup mencabar..
tak cukup touching..

yang aku rasa penyelamat cerita itu hanyalah seorang..
iaitu my Barney from How I met Your Mother (oh! I don't know ur real name and I malas nak google)
somehow watak Barney dalam movie ni ada sket2 macam watak dia dalam sitcom tu..
tapi dalam movie ni macam kurang mantap sket..

Okay,so what should I say more?pergilah tengok sendiri..
anyhow, thanks Nuffnang for the passess!and yeah! I got your button! =)

Well, in case uols tak tau siapakah yang aku maksudkan dgn Barney..
inilah dia my hilarous Barney =)



Monday, February 21, 2011

rangsang minda anda dengan memandu

monday blues ke?hurm..nak mencoret pun takleh lama2 sbb bos ada..adeh!kalau jenis bos yg dok tercongok je kat dlm bilik dia tu takpelah jugak..ni jenis yg ke hulu ke hilir..adeh!letih nak berlakon ni!dahlah tak bagi keje yg mencabar tuk aku..nasib hari jumaat ritu aku tak buat keje..adalah jugak keje aku..hahaha..tp itupun aku rasa macam takde makna je kalau aku buat..sbb belum dapat approval dari dia..kang aku buat kang jadi sia2 je usaha aku...tukar!tukar!tukar!letih cengginih!nak wat per ni???????????? hurm..bosan..



hurm.. nak sharing is caring..
there's this 1 article I read in health magazine..

katanya bila pulang dari kerja dalam keadaan penat dan letih, bolehlah menggunakan jalan - jalan alternatif lain yang bukan merupakan jalan harian anda..ianya dapat merangsang minda anda dan sedikit sebanyak dapat merelakskan badan serta otak. Kenapa?sebab otak dapat menikmati pemandangan dan senario yang berbeza dari rutin harian di samping itu anda dapat explore jalan - jalan baru yang mungkin anda tak pernah tahu!kira ibaratnya dia nak kata otak kita ni malas berfikir kalau stagnant sgt..hari2 lalui benda yang sama je..
paham tak apa aku cakap ni?hehehe

kan orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..
cubalah!aku dah pernah try dah dan memang benar apa yang dikatakan.
actually aku buat before aku baca artikel ni..
sesaja aku stress balik dari keje kene tempuh jam..
aku pun sesuka ati aku explore jalan...dan aku rasa mcm aman giler!
hasilnya aku dah jumpa jalan yg kurang jam!fuh!kurang masa aku dihabiskan di jalanan!

memula tak terpikir pun psl explore jalan baru pergi dan pulang ni leh release tension..bila dah came across this artikel!dan memang benar apa yang dirasai..
pagi ni pun aku explore jalan baru lagi..nyaman je rasa..takde tension2 tapi bila masuk ofis ngadap keje yg sama and bos lak wat taktau je ngan aku..hidup dah jadi bosan balik..otak pun dah malas berpikir..


Friday, February 11, 2011

Salah kami ke kalau kami menagih undi?

Contest sana..contest sini..
sana,sini,sinun..sume nak buat contest...
bila dah buat contest,mestilah ada habuan..
bila ada habuan,berpusu-pusulah org nk join contest..

bukan je contest kat blog..
sekarang dh jadi trend contest kat FB...

huhuhu..
selalunya senang je..
send gambar kat fan page or FB penganjur..
selalunya penganjur terdiri daripada pengusaha bisnes on9..

maka dengan itu, antara syarat2nya..
kalau penganjur jual baju,kenelah beli baju diorg...
so drpd situ diorg dah dpt untung..
sbb yg nak masuknyer berduyyunnn tiba!

so mcmana nk menang?
alah,sume dh sudah maklumlah..
kenalah undi..
cmne nk undi?
kene like fan page diorg dulu,baru leh like gmbr2 yg join contest..

MARKETING lagik!
lebih ramai fans,lebih dikenali dan lebih byk kebarangkalian mereka dpt bisnes..

tp mcmana dgn peserta?
diorg kene berusaha gigih meraih undi..
buatlah mcm2,utk menagih undi..

ada yg post kat status..
ada yg post kat every wall kawan2 dia(fuh!jenuh gila!)
ada yg post kat private message
ada yg post kat dlm group...

well..aku nak tanya pendapat korglah kan..
korg rasa adil ke tak?dgn cara ni?

huhuhu..sbb bkn sume org suke..
inbox diorg penuh..
bkn sume org suka wall diorg semak..
bkn sume org suka group wall diorg bersepah..

ada yg mrh2 lagi..ckp jgn buat lagilah..tak sukalah..apalah..
hehehe..so far aku belum penah kene lagilah..sbb belum bnyk lagi contest yg aku join =P
sbnrnya aku segan nak meraih undi org..welll,i ni gadis pemalu (malulah sgt kan?)
tapi hakikatnyer aku memang malu + segan nak promosi diri sendiri..
sbb tu aku akan pilih org utk aku tagih undi

tapi!!!!!
tak adil jugak!
sbbnyer peserta yg ketagih undi pun memang dh tertagih smpaikan diorg pun sggp like pic org dan meninggalkan comment utk like pic dia jugak..
kau undi aku, aku undi kau!
adil kah?

personally,pendapat aku benda mcm ni tak adil..
sbb gmbr2 yg di undi itu bkn berdasarkan perasaan sbnr kita,tapi paksaan!
kdg2 gmbr yg tah pape tah...tapi terpaksa like..
sbb?org tu dh like pic aku..

sbnrnya aku menulis ni pun terkena gak tempias kt aku balik..
sbb itu jugak apa yg aku buat..
tapi nk buat cmne?
aku mengikut trend org mengundi..
sbb kalau aku tak follow,kalau aku tak promote diri aku sendiri,maka tak tercapailah cita-cita aku..
maka oleh itu?
aku harus!
wajib mengupload gmbr dan link contest yg aku join untuk korg vote!
jadi silalah undi saya!peace for me bebeh!

bagi yg tidak tahu,aku penah wat en3 psl aku join contest.
so Alhamdulillah, berkat usaha aku menagih undi korg sume,dptlah shortlisted utk top 20.
tp utk mara ke top 10, sekali lagi aku menagih undi korg k..


okay!gmbrnye tak brape nk superb lah kan compare to gmbr utk 1st round tp ini je yg mampu aku snap sblm tarikh tutupnyer..hehehe..syaratnyer kene pakai putih.
dan aku tak berapa nak berkenan pakai putih ni sbb tu delay2,last2 terpaksa aku snap sendiri.. =)

so,aku tak kisahlah korg suka ke tak suka ke (tp deep down in my heart aku harap korg suka), please vote for me!

caranya mudah je..


gmbr sebijik gmbr di atas k..jgn lak korg ter klik gmbr org lain laks!penat aku wat marketing plan ni babe!
undi ye..jgn tak undi..
thanks in advance!
jangan menyampah,jangan marah...love!

nota kaki: sy jmpa 2 contest yg syaratnyer berbeza..tak perlu like utk vote..tak perlu follow utk join!so gonna join it!tp nk kene carik gmbr market baik punya dulu!

Monday, January 24, 2011

Blogger untung 1 juta??


uhuk2..terbatuk aku dengar...
tak berkesempatan pun baca paper Utusan semalam..cuma sempat tgk dlm NLKO segmen apa menarik dalam berita hari ini..
tapi bila pagi ni dengar Hot FM..mcm syok je..
hehehe..so?berapa keuntungan yg aku dh perolehi?
kihkihkih..malu I nk ckp..walaupun blog kepunyaan beta ni dh lama...tp beta bknlah blogger yg tegar..
dulu masa mula2 buat blog ni pun sbb syok baca story org..pastu teringin nk ada blog sendiri..
tapi sekejap je aktif..konsep syok sendiri..tak reti and tak phm pn konsep blog ni..lama2 blog ni pun dah lapuk..
semenjak dua menjak ni je..aku kembali aktif..sebab?
sebab nk duit?tak jugak..
bila aku aktif balik ni pun memula aku tak tau pun leh buat duit..hehe..
jadik kenapa aku aktif kembali?
sebabnyer adalah kerana...
kerana..
kerana apa yer?
entah!hehehe sengal..
sbb kehidupan aku skrg aku rasa sgt best!so aku nk catit sbg kenangan aku..
dan smkn lama..smkn aku rajin lak wat research psl blog ni..dan barulah aku tau leh earn money rupenyer..hehehe..giler lembab ko nah!
so aku taulah sket apa tu CTRlah..CPMlah..sket2 je..tak bnyk..msh nk kene explore gak..
ada gak aku usha post2 blogger2 lain psl natang ni..tapi tak sempat khatam pastu aku dh terklik pangkah (sbb bos aku lalu belakang!hehehe) bila carik blk tak jumpa!aiseh!
maklumlah..aku berblog pn curik2 time kt ofis..time bos takde..bila blk umah..bnyk benda nk wat..kdg mls nk on9..
sbb tu kdg aku tabik spring pd blogger2 yg tegar ni..ada a few blog yg aku follow ni..tak mustahillah diorg berjaya dpt income..aku rasa 1 hari ntah berapa entry diorg post..kdg terpikir gak aku..diorg ni takde keje ke?bos tak kacau ke?or diorg ni mmg bos?hehehe..aku nk menulis ni pn cukup seksa...kihkihkih...

skrg hari2 pn aku dok tgk analytical statistik nuffnang aku..wah!ada peningkatan!bagus2..keep it up!income pn ada gak naik..syok aku tgk..jadi barulah aku phm hati2 blogger sekalian...

okay!so pasni kene wat homework bnyk g ni!cmne nk promote blog aku ni..aku tau ramai gak yg wat contest  sume sbg cara..tp aku tak punyai masa utk menerjah sume blog2 yg ada..

ha!
ha!
ha!

bg alasan!tak buat lagi dh bagi alasan!

nota kaki: hurm..bertambahlah lagik assigment aku!assignment belajar pn aku dh smkn melupakannya bila aku dh terlebih excited dgn dunia posing sana posing sini..skrg nk wat assignment blog lak?hehehe...
niat hati nk wat entry psl kerja2 kahwin pn tak terbuat..

sesape yg terbaca ni..n entry korg ada info lanjut psl selok belok dunia blog ni..silalah tggllkan pesanan kt shout box I yer..really appreciate it!sbb dpt tolong aku jimat masa sket..

sudah2!!sambung wat keje!kang binik bos ko marah!

Friday, January 21, 2011

Khurafat

Dh tgk ke?
aku dgn bangganyer kata aku dh tgk semalam..hehehe..

apa yg boleh aku katakan media ni betullah memainkan peranan yg penting!
camne leh terjebak tgk khurafat ni?

sbbnya aku dok dengar kat Hot fm,stesen radio kegemaran aku tu...dok promote2 cakap seram giler!!!giler seram r!berbaloi..bla2....and caller pn support..yer betul!seram..

pastu haritu aku tgk kat NLKO..diorg tunjuk rakaman kamera tersorok dlm panggung nk tgk reaksi penonton..
beria aku tgk sume org dok terjerit2..tak kira laki or perempuan..ada lelaki tu siap jerit angkat kaki atas kusi lagi..hehehe...

and then dlm paper lagik..kutipan 2 juta dlm masa 2-4 hari..mana pnh weh cite melayu jadi itu macam..

so aku n kwn2 aku pn g nonton kt OU..
KOMEN?

bolehlah..rasanyer tak seram mana cuma byk suspen r..terkejut sana terkejut sini..
tp nk tau 1 citer?spnjg cerita tu aku tak jerit pn..hehhe..walhal aku ni mmg dh terkenal dgn bab2 jerit dlm wayang ni..hahaha..
agaknyer sbb tu kuar2 panggung aku rasa tak puas lak...aku rasa cerita tu mcm tak ckp padat kot..and tak cukup seram..and then klimaks tu pn tak ckp klimaks. Orang ckp cerita tu bertambah seram after scene van jenazah tu terbalik..so,mmg itulah aku dok tunggu2..i have to say..scene dia dukung mayat tu scary tp after that??tup2 dh abis..hehehe..
tp bg aku cara syamsul direct bgs jugaklah..pandai dia turn cerita tu..apa2 pn aku nk congrates gak kat shamsul..sbb personally aku rasa dia talented and boleh pergi jauh..

lagi satu nk komen..pemilihan watak kot..
watak liyana jasmay tu mcm tak penting je..hehehe..rasanyer boleh je kalau dia nk amik sesape jadi isteri dia..
watak syamsul pn rasanyer bg kt orang lain ke..mcm zulhuzaimi..mgkn lagik real kot..


nota kaki:mlm tadi drive blk rumah takut giler nk pandang cermin belakang..hahaha...and kawan2 kene teman smpi kat kereta..dek penangan cerita tu..hampeh!kata tak ckp seram..hahaha...oh!not to forget...smlm tido lampu tak tutup..hahaha..sendiri pklah korg =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails