gy

let's get connected

Sunday, August 21, 2011

kereta anda pernah dilanggar atau melanggar?apa nak buat?



pernah DILANGGAR kereta lain?
pernah MELANGGAR kereta lain?
pernah TERLANGGAR anasir -anasir luar yakni tembok,pokok mahupun pintu pagar yang tak bersalah?

YA!
kereta saya pernah semua di atas!

(apa malang kereta ko ni,kata kakakku..)

harap maklum:

melanggar kereta orang ketika emosi tak berapa stabil, terlupa nak tarik handbreak masa berhenti kat bukit.Lantas kereta ku menjunam dan menghentam kereta di hadapan.
 Dan juga peristiwa sandwich kereta sbb kesengalan wira di hadapan. nak tau lbh lanjut cerita kat sini

terlanggar pintu pagar!
aduh!ni kes yg amat memalukan. nak masuk pagar service centre tersalah bajet paking dan terus menghentam pagar yang tak bersalah itu. Amat malu terus drive keluar dan tak jadi service..hahaha..(ini masa mula2 bawak motokar,paking mmg fail..tapi sekarang???tgk oranglah!huh!)

dilanggar kereta orang lain.
dah 2 kali!
1 on the way balik dari kerja dan on the way pergi kerja!

so apa nak buat kalau berlaku perlanggaran?

settle kat LUAR?
or settle kat DALAM?

DALAM?

DALAM?

ngeh..ngeh..ngeh..
dalam balai lah!


1. Langkah Pertama: tarik nafas panjang-panjang. Relaks!jangan gelabah ayam mcm aku! (ni kes kemalangan yang tak teruklah)


2. Langkah Dua: jangan bikin gamat kat tengah-tengah alam tu yer. Berhenti tepi!jangan jadi macam aku jgk!tapi kalau dh jalan jam nak berhenti tepi macam mana?


3. Langkah Tiga: bawa berbincang. 
nak settle mana?
Dalam or Luar?
kalau dia cakap luar, amiklah benda -benda yang patut. 
Contact no, plate kereta, dll.
kalau dia cakap DALAM, maksudnya pergi report polislah..


4. Langkah Empat: pergi report polis.
tak perlu kedua - dua belah pihak berada bersama. 
Anda buat report anda dan dia buat report dia bila - bila masa ada kelapangan tapi yang penting dalam tempoh 24 JAM selepas kejadian. After that, polis tak terima report anda.
Apa yang anda perlu ada adalah cukup dengan plate no kereta itu dan satu kelebihan kalau boleh dapat contact no pemilik kereta itu. Kalau takde pun takpe.


5. Langkah Lima: Claim Insuran
yang ini aku tak berapa tau sgt prosedurnya sbb aku malas nak amik tau. aku nak keje mudah memandangkan aku wanita berkerjaya di mana aku memang tak boleh sesuka hati nak buat pejabat tu macam aku yang punya. leceh tau!
Ko kene pegi balai balik ambik result penyiasatan pastu nak kene prepare tu,prepare ni,hantar sana hantar sini..So, lebih baik aku suruh orang yang running urusan insuran aku tu.


Mana nak cari runner ni?Takyah risau..bila korang pergi Balai Polis trafik kat tempat parking tu ,ramailah orang2 bengkel yang akan kejar korang..pilih jelah yang mengikut kesenangan korang tapi 1 thing yg takutnya, takut hasil kerja tak cantik and ada masalah yang akan datang.
Macam kes aku, aku mintak sarjan tu yang rekemenkan aku dengan bengkel - bengkel yang biasa dia deal. Kalau dia rekemen, takkan dia nak bagi yang cikai-cikai kan?
tak pun korang boleh pilih service center model kenderaan korang sendiri..macam tu sah - sah barang ORI yang digunakan tapi problemnya time consuminglah..


6.Langkah Enam: hantar kereta ke bengkel pilihan hati. Bila dah siap, boleh terus drive tanpa pikir benda - benda sampingan sbb dah ada orang lain yg uruskan. Cumanya korang kene provide dokumen - diokumen berikut:
              - salinan IC
              - salinan lesen memandu
              - salinan muka hadapan polisi insuran kereta anda
              - salinan geran kereta anda



sebenarnya, report polis lebih selamat sebab ianya mengikut undang - undang dan orang mmg takleh lari. Kalau nak settle luar tu, kebarangkalian untuk orang itu lari adalah tinggi..

Yer, mungkin dia bagi no telefon yang sahih,
no plate yang hakiki
tapi besar kemungkinan bila anda call dia, dia taknak layan..
 betul tak? Ada logik tak?

So, nasihat aku..or lebih baik pandangan aku..
kalau yer pun nak settle luar, apa2 hal pun pergi report polis dulu sebab benda hanya valid untuk tempoh 24 JAM je.
kalau dalam masa 24 jam, anda tak report kejadian kemalangan, polis dah tak terima dah.
Bila kata pesalah yang melanggar kereta anda itu dapat di hubungi, anda boleh drop report itu.
(ini hanya langkah berjaga - jaga supaya anda tak tertipu, itu saja)

Orang selalunya tak suka report polis sebab:

         - yang bersalah kena saman RM 300 kerana melakukan kesalahan jalan raya
         - Bila Claim insuran, NCB akan naik mencanak balik. So, next year nak bayar insuran mahal.

Pendapat aku, kalau kereta rosak teruk dan menelan belanja yang tinggi, baik claim insuran je. Melainkan kalau korang banyak sgt duit, sayang nak bayar insuran tahun depan tinggi tapi tak sayang nak  bayar repair kereta sendiri dan kereta orang yang dilanggar itu, silakanlah..tak salah..

Sekian sahaja dari saya pihak yang telah merasai kesemua - kesemua kejadian di atas. Pasni kereta saya kene mandi bunga =P








1 comment:

cikgu said...

aduh2..xnak la jadi camni..memang takut sgt2..dahla bw sengsorang..mesti gelabah punye..huhu..

psst..follow sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails