gy

let's get connected

Sunday, August 21, 2011

Bulan Ogos 2011 dalam kenangan



Ada apa dengan bulan Ogos?
In particular tahun 2011..
macam - macam benda yang berlaku..
dan masih ada yang akan berlaku..
sebab bulan Ogos masih ada baki 10 hari lagi..

Insyaallah, lepas ini harapnyer yang baik - baik aje berlaku..

Antara tarikh keramat yang patut di ingat:

030811 - kereta kesayangan aku dilanggar semasa dalam perjalanan ke pejabat. Habis bumper keretaku tapi takpelah claim insuran kete yang salah. 
Pengalaman pertama -> dilanggar, masuk balai buat report dan deal dengan insuran.
Hikmah disebalik kejadian -> 1st experience dan lepas ni aku dah tau apa nak buat kalau ada kemalangan. Takdelah nak buat hectic kat tengah jalan.

100811 - tarikh akhir aku berkhidmat kat KKH Architect. Bye bos! tapi yang menyampahnya aku belum dapat paycheck aku. Tak pernah kot aku dengar company yg bayar gaji lambat pada pekerja yang berhenti.

11 dan 120811 - tarikh aku uruskan permohonan Ujrah PTPTN aku. Malas nak cerita panjang tapi memang lorat betullah PTPTN ni.

180811 - tarikh paling - paling keramat!!
hari ini hari pertama aku berkhidmat di company baru. Sangat teruja dan gugup! 1st day went well kat ofis walaupun sedikit boring sbb biasalah 1st day. Mana ada keje sangat lagipun this is totally a different new office environment from my previous office. No internet access so rasa macam nikmat dunia di tarik je.. =P

tarikh ini juga harus dan wajib di ingat sebab aku kemalangan lagi!!
kali ini aku yang langgar orang tapi aku masih menegakkan pendirian aku, aku tak bersalah!walaupun undang - undang jalanraya Malaysia mengatakan aku bersalah. Orang yang melanggar di belakang bersalah tak kira apa yang berlaku tapi aku rasa undang - undang itu tak adil!

Kenapa? Meh,aku cerita sikit kejadian yang berlaku. Dalam cerita ni 3 bijik kereta yang terlibat.
aku otw balik kerja melalui Jalan Syed Putra. Jalan raya sedikit basah sbb baru lepas hujan walaupun begitu aku masih memecut laju tapi aku tak over speed k.

kereta depan aku, kancil pun memecut laju. Kereta depan kancil, wira pun memecut laju sebab kami mmg berada di lane kanan.jarak antara ketiga - tiga kereta adalah JAUH! Secara tiba - tiba kereta wira yang bongoks itu telah 'mengbrake' secara mengejut semata - mata nak mengelak lopak air di depan. Disusuli kancil dan myvi ku. dan apa lagi..

BERDENTUMlah!

myvi dan kancil di kira salah..yang hero Wira itu dapat berjalan dengan megah sbb free - free leh dapat mekap.

So, bodoh ke tak bodoh ko brake mengejut sbb nak elak lopak  air je?Dari jauh ko tak nampak ke ada air?Sengal!tak pasal -pasal 2 kali muka aku masuk balai dan 2 kali kereta aku kene tahan wad!kali ini 10 hari tau kene tahan wad, teruk tak teruk kereta aku?dan yang paling sedih lagi tahun depan mahallah insuran kereta aku kene bayar! Sampai kiamat aku ingat ko Wira WHW 8848 walaupun tak guna sebenarnya sebab ko memang kafir pun.

dan disebabkan peristiwa itu jugalah..selepas 3 tahun aku kembali menggunakan public transport nak keje tau!nasib ofis baru senang nak guna public transport.

So far itu jelah peristiwa2 penting yang berlaku dalam bulan ogos ni. Walau apapun aku masih bersyukur maasih bernafas dan dapat menikmati 21 hari puasa. Belum ponteng lagi yer..

ni wira yang memang WIRA

kancil ni tak teruk mana pun tapi akunyer MYVI yang rosak teruk tapi tak sempat nak snap gmbr sbb dah kene tahan wad.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails