entry ni back dated dah sbnrnya..dh terlebih backdated smpi aku pun lupa brape haribulan ntah..
okay straight to the point..
aku mengoffer diri untuk derma wajah aku untuk di conteng oleh kak rose a.k.a Rose Jr..
dalam kelas mekap dia kat butik dia di Puchong Gateway.
nak kenal lebih lanjut dgn kak rose..
boleh usha kat FB dia..Rose JR..
ha..cpt2..yg mana nak kawen..tgh cari mekap artis ke,butik andaman ke..lehlah kenen2 dgn kak Rose..
dh belasan tahun pengalaman kak Rose menyonteng muka orang ni..
Lagi satu yang bestnye kak Rose ni..hehehe..dia ni very the class ok!
maksudnya di sini selain daripada diri beliau sendiri yang vogue..
barang-barang mekap kak rose jugak ada kelas!
barangan branded original ok!
ulang suara..ORIGINAL!
antara favourite kak Rose
- MAC (wajiblah kan!)
- Benefit
- Shu Uemera
- Supra
-pixy
dan lain-lainlah..
bukan apa..
kadang MUA ni diorg suka guna barang mekap ntah pape brand tapi charge mahal giler!
yer..mgkn kite nilai beliau melalui hasil kerja beliau tapi at least sbg customer kami pun deserve jugak barangan branded..
nak2 lagi yg jarang tepek mekap tebal kan..
time kawenlah seumur idup nak merasa mekap branded...
(akukah yg nak kawen tu?)
peace!
so setelah di demokan kepada pelajar2 kak rose,ptg tu aku dh janji dgn Taufik @ Budak Jahat..
nak berposing-posinglah..
Budak Jahat ni kira baru nak berjinak - jinak dgn dunia fotografi..
kira ini adalah satu pendedahan buat diri beliau jugak..
kitorg shoot kat area subang airport..
di temani iela nabila dan kawannya zella..
nak share gmbr2 yang aku edit sendiri since Budak Jahat tak edit..
Aku nak tergelak sbnrnya tgk tangan aku..tapi takpelah..orang kata belajar.. |
nak kata aku pandai mengedit..
takdelah pandai mana pun.aku belajar sendiri2 je sebab satu memang tuntutan kerjaya aku dan satu lagi aku memang suka.
Tapi aku tak suka extreme editing sebab bagi aku kadang2 gambar nampak fake giler!
kadang2 sampai warna- warna suma dah bertukar.
personally..ini hanya pandangan aku k..
kalau mcam gambar kawen tu aku lebih suka kalau gambar2 itu guna warna-warna sebenar moment tu..
sbb 5,10 tahun akan datang,bila aku tgk balik gmbr2 kawen aku, aku boleh recall suasana sebenar majlis tu..
tapi kalau gmbr2 artistik dan seni..memang cantik pun edit2 extreme..janji kene pandai dan nampak cantik!
okay!sekian..nak tgk gmbr lain lagik..sila search fb Budak Jahat..peace!
Nota kaki:Hasil solekan dan teknik mekap kak Rose lebih kurang sama dgn kak Afra (klik sini kalau nak tgk & baca)..
bila aku cakap ngan kak Rose..rupa2nya kak Afra penah belajar dgn Kak Rose jugak..
No comments:
Post a Comment