gy

let's get connected

Monday, December 2, 2013

DIY project kahwin: cushion hiasan bilik pengantin




Assalamualaikum & hello...

next review untuk projek DIY project kahwin aku kali ini ialah antara yang menjadi favourite aku!
Biarlah berkali - kali aku nak stresskan DIY projek yang aku buat kalau boleh taknk membazir & lepas majlis buang sahaja.. konsep DIY aku adalah 'Do It Yourself' & pakai balik bukan pakai buang :)

Idea terdetik bila ku pikirkan bagaimana nak hias bilik pengantin.. almaklumlah bilik pengantin adalah bilikku yang sedia ada..perabot pun guna yang sedia ada je.. cuma aku beli tilam baru sebab mak aku bising katanya tilam aku dah lama..

lepas tu nak dijadikan cerita..almari bilik aku pulak roboh..hahaha.. macam tau2 je nak minta diganti.. almari rangka ikea yang takde pintu, sesuailah untuk orang bujang..
memang takde niat nak beli baru walaupun mak dah bising. at first aku ingat nak tutup je dengan string curtain (betul ke istilah aku ni?) alah, curtain yang tali jurai - jurai yang selalu orang guna as area separator antara dapur dgn ruang tamu tu.. tapi tak sempat guna, almari dah roboh! terpaksa buat muka kesian minta 'incik tunang' masa tu sponsor almari..ngee..

berbalik pada kisah cushion cover ni.. kan dah biasa orang hias dgn bantal kecik-kecik kat atas katil & now also trend org buat felt craft cushion.
ala macam ni..

 
                                              ihsan dari myMyEa precious collection
 


*Tink! terdetik idea..
nak buatlah..macam senang je...
tapi xnaklah yg comel2 gini..
nak yang sweet romantic gitu..

googlelah cara-cara nak buat craft felt ni..
cara yang betul ialah dengan menjahit..
tapi ada yang nak cepat, gam kan aje..

so yang mana aku pilih?
mestilah gam kan aje..
pemalaslah katakan...hehehe

disebabkan nak jimat, beli kain pun yang murah je..
beli kat Daiso RM 5.. ingat memula nak test je..sekali dah beli, buat ko ingat aku rajin nak buat semula? memang taklah..

lepastu aku beli gam kain pun kat Daiso RM5
tapi kalau korang nak cari gam kain yang berkualiti better beli kat Art friend mcm yg aku pernah review before this..

cushion cover beli kat mana?
beli kat ikea.. RM19.90 satu..
masa ni tengah promo.. harga asal RM29.90 kot if tak silap (lupa sudah)
actually, banyak je yang murah kat Jusco, Tesco etc..
tapi aku memang dah berkenan dengan corak Ikea ni..

bahan-bahan yang diperlukan:

  1. kain felt RM5 Daiso
  2. gam kain RM5 Daiso
  3. spray mount (temporary gam) harga tak dapat dikenal pasti sbb guna ofis punya
  4. cushion cover RM19.90/1pc IKEA (nak DIY boleh nak beli pun boleh) 
Cara-caranya:

  1. so apa yang korang perlu lakukan adalah type & printkan write out atau image yg korang nak tu.. of course sumber terbaik aku adalah ofis.. pilih font & print A3 saiz atau mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. tampal atas kain felt menggunakan spray mount. Lepas tu cut out ikut tulisan/ image tu. Dah siap bolehlah cabut kertas tu
  3. next step acukan atas cushion cover ikut kesesuaian or kesukaan korang.. ni macam yang aku buat..
 
                                  untuk dapatkan lurus, aku guna benang..and tapekan kat lantai
 
       4. last but not least, tampalkan satu - satu menggunakan gam kain ... pastu siap!
 
tarra! kami dengan bantal masing-masing. Credit to my bestie yg tengah2 tu atas gambar ni..
Sweet romantic tak?
tarikh nikah kami!
 
 
 
 
weee.... tak sabar nak tunggu official gambar dari official photographers ni! mesti cantikkan.. hahaha.. perasan!
 
Nampak senang tapi agak rumit sikit. sebab pilihan font aku amatlah halus, susah nk gunting & gam.. font yang macam ni sebenarnya lagi senang guna sticker. Google gak mana nak cari 'iron on sticker' tapi tak jumpa..kalau korang tau kat mana ada jual, bagitaulah..
 
so last choice gam jelah.. tapi gam tak kuat, so yang terbaik adalah jahit..
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails