gy

let's get connected

Tuesday, March 22, 2011

:: Beza Kau dan Aku ::







Suatu situasi di mana pilihan harus di lakukan. 3 (bkn nama sbnr) di beri 2 pilihan untuk menentukan kerjaya dan masa depannya..

Kau: saya tak tahulah mana satu nak pergi..A atau B..pening kepala dah pikir

Aku: mana satu nampak menarik?

Kau: Dua - dua pun menarik tapi biasalah masing - masing ada pros and cons.

Aku: Kamu lebih cenderung ke mana?

Kau: macam lebih ke arah B tapi ada jugak niat nak ke A.

Aku: ok..yang mana paling cepat naik?

Kau: B

Aku: A susah ke?

Kau: A kalau betul- betul hebat, cepat je nak naik..

Aku: Oh! ( dalam hati takde masalah tu buat kamu)
        Mana yang gaji lebih? (dah mula dah..)

Kau: gaji sama je..tapi B boleh dapat lebih sebab elaun ke sana ke mari..

Aku: hurm...(sambil berfikir- fikir..)
        Antara A dan B, A lagi hebat kan?B boleh naik tinggi ke?

Kau: kalau ikutkan memanglah A lagi tinggi dan hebat..cabaran dia pun hebat. B boleh naik tinggi   
        dan cepat. tapi paling tinggi boleh naik setakat 2 taraf je..

Aku: A?

Kau: A boleh naik 4.

Aku: hurm..bukanlah nak berangan ke apa..tapi dalam hidup ni kadang-kadang kita perlu ada 
        wawasan gak..jadi kamu ada tak cita - cita atau angan-angan nak naik tinggi?

Kau: Ada tu memang ada tapi kalau nak naik pun saya nak sampai orang kedua tertinggi je...

Aku: (Kaget!!!) kenapa orang kedua?kenapa taknak yang tertinggi je?

Kau: saya tak nak tanggung dosa orang lain. Terlalu banyak politik dan maksiat!kalau seorang nak membendong memang tak bolehlah..dosa sendiri tak tertanggung, inikan pula nak tanggung dosa orang lain..

Aku: Terdiam!(dalam hati..Wah!tak sangka!untungnya wanita yang memiliki lelaki ini..pasti hidup akan lebih terdorong mendekati tuhan)

Kau: tapi B pun bukan nak kata hidup takde cabaran. Saya risau jugak kalau - kalau saya terpesong. Bukan nak kata tapi saya sebagai seorang lelaki pun ada nafsu. Alhamdulillah, setakat ni saya berjaya lawan tapi takut jugak sebab kehidupan kat sana, bersepah!lagi di sogok-sogok adalah!memang kena pandai pilih kawan dan jaga dirilah...

Aku: sekali lagi terdiam..kaget!!!(lelaki ini memang banyak berfikir tentang dosa dan pahala)


Kau: tapi kalau awak nak pangkat Datin, saya boleh dapatkan..Insyaallah..

Aku: Datin?hurm...taknaklah..datin tapi tak tinggi..macam tak berapa nak best..biar takde pangkat datin pun, tapi pangkat tinggi, best jugak tu..(amboi!)

Aku: camana dengan kehidupan pulak?

Kau: A mula - mula teruk!macam saya cakap tadilah, orang hebat je boleh. tapi kerja dia ofis hour. hari minggu boleh bersama keluarga. B pulak lebih banyak ke sana ke mari..bawak orang pergi sana, bawak pergi sini..tu yang elaun banyak tu..

Aku: saya pun tak tahulah nak buat keputusan.. Tapi kalau ikut saya..saya nak awak jadi kebanggaan saya..Saya tahu awak boleh buat..jadi saya lebih cenderung ke arah A. tapi kamu ni campak ke mana pun boleh je hidup..jadi saya tak risau dan tak kisah..

Kau: hurm..tak tahulah..

Aku: Takpelah..kamu pikirlah elok-elok..pikir yang mana satu untuk kebaikan saya


Pang!!!


Kau: untuk kebaikan awaklah???apa punya ayatlah tu..

Aku: hehehe..saya jujur! saya tak nak susah. jadi kamu pikirlah sebaiknya..
Untuk kebaikan saya..

Kau: kot ye pun..tukarlah ayat tu sket..bagi nampak cantik sket..

Aku: tak nak..nanti tak paham maksud ayat sebenar..biar direct je..

Kau: hurm..oklah..


tamat sesi perbualan di situ..

/
/
/
/


So, rasa- rasanya 3 pilih yang mana?

Sebenarnya, awal - awal lagi nama 3 tersenarai dalam A. Apa taknya, sebelum test, tersenarai top 10. Lepas test top 3..tak terang lagi bersuluh ke?

Bila sesi interview, 3 masih berbelah bagi..tapi akhirnya dia buat keputusan..

Satu bilik, terkejut!

'Kau betul ke  ni? kau tak rasa sayang?nama kau senarai antara teratas tahu tak?'

Ya..
3 buat keputusan untuk memilih B.

Aku?
terkilan sebenarnya dengan pilihan dia..
tak tahu apa nasib aku nanti..tapi apa pun aku terima seadanya..
sebenarnya aku tak begitu terkejut..sebab aku tahu cara dia berfikir..dan memang sejak dari dulu lagi dia dah melahirkan hasrat untuk ke B dan aku jua sejak dari dulu memang ingin dia ke A sebab aku tahu dia boleh dan aku sentiasa berbangga dengan tahap kemampuan dia.

tapi pilihan tetap di tangan dia..semoga apa yang telah di putuskan memang adalah yang terbaik untuk kami..

tapi sejujurnya di sini nampak tak beza KAU dan AKU?

anyhow..love is always in the air..





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails