gy

let's get connected

Wednesday, March 30, 2011

......

I just hope he's a little bit different..
I just hope that he appreciates me more..
I just hope that he cares about me more..
I just hope that he understands me better..

I just hope..
Hoping and hoping..
that miracle will happens..

and that he will find me more worth it..





Tuesday, March 22, 2011

:: Beza Kau dan Aku ::







Suatu situasi di mana pilihan harus di lakukan. 3 (bkn nama sbnr) di beri 2 pilihan untuk menentukan kerjaya dan masa depannya..

Kau: saya tak tahulah mana satu nak pergi..A atau B..pening kepala dah pikir

Aku: mana satu nampak menarik?

Kau: Dua - dua pun menarik tapi biasalah masing - masing ada pros and cons.

Aku: Kamu lebih cenderung ke mana?

Kau: macam lebih ke arah B tapi ada jugak niat nak ke A.

Aku: ok..yang mana paling cepat naik?

Kau: B

Aku: A susah ke?

Kau: A kalau betul- betul hebat, cepat je nak naik..

Aku: Oh! ( dalam hati takde masalah tu buat kamu)
        Mana yang gaji lebih? (dah mula dah..)

Kau: gaji sama je..tapi B boleh dapat lebih sebab elaun ke sana ke mari..

Aku: hurm...(sambil berfikir- fikir..)
        Antara A dan B, A lagi hebat kan?B boleh naik tinggi ke?

Kau: kalau ikutkan memanglah A lagi tinggi dan hebat..cabaran dia pun hebat. B boleh naik tinggi   
        dan cepat. tapi paling tinggi boleh naik setakat 2 taraf je..

Aku: A?

Kau: A boleh naik 4.

Aku: hurm..bukanlah nak berangan ke apa..tapi dalam hidup ni kadang-kadang kita perlu ada 
        wawasan gak..jadi kamu ada tak cita - cita atau angan-angan nak naik tinggi?

Kau: Ada tu memang ada tapi kalau nak naik pun saya nak sampai orang kedua tertinggi je...

Aku: (Kaget!!!) kenapa orang kedua?kenapa taknak yang tertinggi je?

Kau: saya tak nak tanggung dosa orang lain. Terlalu banyak politik dan maksiat!kalau seorang nak membendong memang tak bolehlah..dosa sendiri tak tertanggung, inikan pula nak tanggung dosa orang lain..

Aku: Terdiam!(dalam hati..Wah!tak sangka!untungnya wanita yang memiliki lelaki ini..pasti hidup akan lebih terdorong mendekati tuhan)

Kau: tapi B pun bukan nak kata hidup takde cabaran. Saya risau jugak kalau - kalau saya terpesong. Bukan nak kata tapi saya sebagai seorang lelaki pun ada nafsu. Alhamdulillah, setakat ni saya berjaya lawan tapi takut jugak sebab kehidupan kat sana, bersepah!lagi di sogok-sogok adalah!memang kena pandai pilih kawan dan jaga dirilah...

Aku: sekali lagi terdiam..kaget!!!(lelaki ini memang banyak berfikir tentang dosa dan pahala)


Kau: tapi kalau awak nak pangkat Datin, saya boleh dapatkan..Insyaallah..

Aku: Datin?hurm...taknaklah..datin tapi tak tinggi..macam tak berapa nak best..biar takde pangkat datin pun, tapi pangkat tinggi, best jugak tu..(amboi!)

Aku: camana dengan kehidupan pulak?

Kau: A mula - mula teruk!macam saya cakap tadilah, orang hebat je boleh. tapi kerja dia ofis hour. hari minggu boleh bersama keluarga. B pulak lebih banyak ke sana ke mari..bawak orang pergi sana, bawak pergi sini..tu yang elaun banyak tu..

Aku: saya pun tak tahulah nak buat keputusan.. Tapi kalau ikut saya..saya nak awak jadi kebanggaan saya..Saya tahu awak boleh buat..jadi saya lebih cenderung ke arah A. tapi kamu ni campak ke mana pun boleh je hidup..jadi saya tak risau dan tak kisah..

Kau: hurm..tak tahulah..

Aku: Takpelah..kamu pikirlah elok-elok..pikir yang mana satu untuk kebaikan saya


Pang!!!


Kau: untuk kebaikan awaklah???apa punya ayatlah tu..

Aku: hehehe..saya jujur! saya tak nak susah. jadi kamu pikirlah sebaiknya..
Untuk kebaikan saya..

Kau: kot ye pun..tukarlah ayat tu sket..bagi nampak cantik sket..

Aku: tak nak..nanti tak paham maksud ayat sebenar..biar direct je..

Kau: hurm..oklah..


tamat sesi perbualan di situ..

/
/
/
/


So, rasa- rasanya 3 pilih yang mana?

Sebenarnya, awal - awal lagi nama 3 tersenarai dalam A. Apa taknya, sebelum test, tersenarai top 10. Lepas test top 3..tak terang lagi bersuluh ke?

Bila sesi interview, 3 masih berbelah bagi..tapi akhirnya dia buat keputusan..

Satu bilik, terkejut!

'Kau betul ke  ni? kau tak rasa sayang?nama kau senarai antara teratas tahu tak?'

Ya..
3 buat keputusan untuk memilih B.

Aku?
terkilan sebenarnya dengan pilihan dia..
tak tahu apa nasib aku nanti..tapi apa pun aku terima seadanya..
sebenarnya aku tak begitu terkejut..sebab aku tahu cara dia berfikir..dan memang sejak dari dulu lagi dia dah melahirkan hasrat untuk ke B dan aku jua sejak dari dulu memang ingin dia ke A sebab aku tahu dia boleh dan aku sentiasa berbangga dengan tahap kemampuan dia.

tapi pilihan tetap di tangan dia..semoga apa yang telah di putuskan memang adalah yang terbaik untuk kami..

tapi sejujurnya di sini nampak tak beza KAU dan AKU?

anyhow..love is always in the air..





Saturday, March 19, 2011

photoshoot white on white WOW

photoshoot organized by Reza AmirDirector & founder of Ponderous Art
Photog: Reza Amir, Raouff Ahmad, Dhani Fahrian, Madi Mediakreatif
MUA:FarinaBasnee jurumekap Mediakreatif
Talent/Model: Ina Issandra, Misah & Fiefa Mohd Ali

photoshoot ni more to like abg Reza and his friends nak explore shooting dalam studio berkonsepkan putih.
Dari pengamatan aku, memang agak susah jugaklah nak setting2 lighting and flash sume.
Dan photog pun kurang berpuas hati dengan hasil gambar yang di snap.
So, tak banyak gambar yang di upload.

photo by Reza Amir


(cantikkan awan tu!)





Photo by Madi Mediakreatif

hee..
yang kat bawah lak, gambar koleksi dari kamera peribadi.
1st time jumpa Ina & Misah! Senior MEGA dari MEGA 1 dan 2



nota kaki: hehehe..aku sorang je ada hitam-hitam sebab aku takde all white punya baju..hee


::Contest Senyum Paling Ceria ::

 


Pagi sabtu yang suram ni..apa kata kita ceriakan dengan senyuman? \^_^/
hee..anjuran  cik nameeroslan. Sila klik gambar yer kawan-kawan untuk join jugak..
cepat2 tarikh tutup sampai hujung bulan ni je..31 March 2011.
So bagi sape2 yang teringin nak join tapi takde gmbr yang tengah sengih lebar,sempat g nak snap gambar satu!

Presenting gambar senyum paling ceria..

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


Ha!ceria tak?
 Peace!hehehe..
terus terang kata,aku jarang dan teramat susah nak tangkap gambar dengan senyuman melebar sampai nampak segala abis gigi aku.. 
sebab i segan nak tayang gigi besi i tuh!
huwawawa...

kalau ada, maknanya itu azimatlah tu..hee.. 
so maknanya gambar ni yang di snap oleh photografer Guilto Steno pun satu keajaiban!
Credit to mr photog gak!sbb berjaya shoot aku sebegini rupa..hehehe..

gambar ni masa aku join Sehari Bersama Siti Murni (SBSM)
ape Siti Murni ni?ha..kalau nak tau lebih detail leh baca kat entry aku pasal SBSM ni..l
So, kalau korang baca entry ni sure tahu kenapa aku happy sangat time ni!

  1. Seronok sebab dapat berkenalan dengan Uni sendiri yang saaaaaaaaaaangat sweet and baik!
  2. Seronok dapat networking dengan rakan-rakan model yang lain..
  3. and lastly of courselah sebab leh kenal-kenalan dengan photografer dari Mano Photography yang sangat sporting!

Maka Dengan itu, terhasillah gambar di atas..
Tak caya yang aku memang suka sorok senyuman aku?
hee..
ni ada 1 gmbr bukti yang berjaya di candid oleh photog..

ha kan..masa ni photog dok wat lawak..aku tak tahan gelak...so ala2,gadis melayu gituh,gelak tutup mulut tapi photog ni pro..berjaya meng'candid' gigi i yang cantik tu..heee..
  

time to tag 3 person..dat is:
1. cik ej (hehehe..yg ko tag aku ritu pun,aku tak sempat nak balas g..hee..)

okay!3 orang bertuah ni..cepat2!hadiah lumayan!
RM100 + hadiah misteri dari UK tau!..heee..



Thursday, March 17, 2011

kau nak belajar ke tak nak ni?



Semester ni aku SANGAT - SANGAT tak produktif!
macam dah malas belajar pun ada jugak..
haish!
apa nak jadilah dengan aku ni..

Inilah padahnya kalau banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup..
terkejar sana,terkejar sini..
sampai benda yang penting di abaikan,
benda yang tak berapa nak penting di kejarkan..
huhuhu..

mungkin jugak sebab semester ni semester last.
SENGAL!
semester last lah ko kene struggle..
hehehe..

ye lah2..
semester ni kelas tak banyak..
ada 2 je..
1 ada exam, 1 lagi progress project iaitu kesinambungan dari last sem.

kalau last sem, ISP 1 kena wat projek dalam Malaysia.
Real project simulation. Di mana aku memainkan peranan yang sangat penting dalam projek tu.
so memang gila2 aku struggle dulu.
Alhmdulillah, usaha menjadi.
dapat A+  =)

tapi this sem, nak struggle tapi aku kurang pemahaman sikit.
Almaklumlah, 2nd projek ni dah divert sket dari kepakaran aku.
jadi memang aku tak membantu pun budak group aku..
huhuhu..
aku tengok group member aku pun macam lepas tangan..
heh!
tinggallah sorang budak ni je yang terkontang kanting struggle giler..
almaklumlah, dia full time student.
punya banyak masa mahu menelaah..

tak macam kitorang..lebih tepat lagik tak macam aku!
hehehe..dekat ofis tak leh nak wat keje sekolah, balik rumah dah malas nak perah otak..
so camne?

apapun, thank you, Idah!
caiyok2!mari kita berhempas pulas sesama untuk final k!

and cakap pasal subjek yang ada exam tu lak..
subjek budgetary and finance.
aduh!aku dahlah lemah bab2 mengira ni..
matematik ni memang aku fail lah!

yang paling kelakar tu..aku nak guna saintifik kalkulator pun aku dah lupa dah nak key in formula..
apa ke benda lembap naw kau ni!
hehehe..
minta maaflah..last sekali aku pegang kalkulator canggih tu masa aku asasi dulu kot.
berapa tahun yang lepas?huhuhu..

satu lagi, Ya Allah! tekanannya aku bila belajar subjek tu!
Dahlah lecturer ajar laju gila, nak discuss ngan member pun dia tak kasik!

Kesimpulannya,aku pun tak tau nak jawab test minggu depan camne..huhuhu..

and oh! by the way, aku dah drop pun tesis aku!

Teettttttttttttttttt!


nampak tak kemalasan aku??
elok2 boleh abis this sem, taknak!
gatal sangat taknak buat keje..

ha!tu sampai bilalah ko nak extend tu?
dah!jangan mengada!next sem,tiada alasan!
kene + wajib siapkan tesis dan hantar!

dan JANGANlah kau gagal finance!
malas babe nak mengadap lagi benda alah tu!


Wednesday, March 16, 2011

I really need the job!

Yes!
I really do!
I need it so bad!

Why?
because of $$$??

of course!
siapa tak nak kan?
orang datang offer kau secepuk duit..
kau tak nak?

duit tu memang aku perlu sangat-sangat pun.
sebab sekarang ni perbelanjaan bulanan aku nak meningkatlah..

tapi terus terang aku katakan bukan kerana duit semata..
tapi?
tapi apa?

aku nak keje tu dan aku perlukan keje itu..
sebab aku suka!
keje tu dah macam dream job aku!
keje yang memerlukan aku bergerak ke sana ke mari...
keje yang menjadikan aku sebagai orang penting..
maksudnya kewujudan aku di perlukan dan bukan semata-mata menjadi seorang kuli yang menanti gaji di hujung bulan..

oh!aku memang inginkan kerja itu!
semua tawaran yang di tawarkan amat menarik!
menarik,tertarik dan memang dabomb!

senang cerita terloponglah mulut aku bila aku di offer kerja itu dengan gaji dan benefit sebegitu.
sumpah!
aku keje yang sekarang ni 10 tahun pun belum tentu aku dapat apa yang mereka offer ni..

memang aku nak!
dan aku dah terima dah!

tapi..

tapi..

kenapa ada 'hidden charges'?

hidden charges?
hee..
bukan bayaran dengan wang ringgit
tapi..

dot..dot..dot..

huwargh!
nak nangis je rasa!
kenapa buat camni??

aku ikhlas!
ikhlas nak kan kerja itu!
dan aku tak pernah begitu bersemangat dalam bekerja..

tapi tolonglah jangan buat camni!
tolonglah jangan offer aku kerja 2 dalam 1

kalau nak 2 in 1 pun janganlah yang itu!
tolonglah professional..
kata business people..
and kata you're looking for an employee..

jadi professional lah please...

I really need the job!
If i ever accept the job it would be life changing experience!
as it is a diversion from my present career!

and i think i'm prepared for that..
but for the other thing...

Oh!NO!
I cannot accept that.
and I hope that you changes your mind.
Please God, help change his mind for the sake of his goods and my benefit.


Tolonglah saya!
Doakan semoga 'beliau' berubah fikiran..
cuma mahu offer saya 1 kerja sahaja..
tidak 2, atau 3.


Tolonglah!
saya benar-benar inginkan kerja itu!


I'm tired of only following the flow all this while.
Doing everything that people thinks is right.
Trying to play safe.
Afraid to tackle any risks that may occurs.

This time I want to do what I really want to do.
What's my passion.
What's my interest in life.
and for all..
What i think is BEST for me!

Dan kini aku hanya mampu berdoa..
semoga Allah bukakan pintu hati kami..
untuk memilih apa yang terbaik untuk kami..

Amin Yarabbalalamin..

nota kaki: apapun saya suka nasihat daripada seorang kawan saya ini.. -> 'mungkin sekarang kau jumpa karung emas, tapi karung emas itu bukan milik kau sekarang, Mungkin suatu hari nanti kau akan jumpa karung emas lain yang lebih berharga'

:: TAHNIAH ::




Congratulations!
Alhamdulillah!
Lulus!
bukan setakat lulus tapi lulus dengan cemerlang!

that's what i love about you!
walau kamu tak pernah cakap diri kamu hebat..
walau kamu tak pernah cakap besar akan kemampuan kamu...
tapi saya tahu hakikatnya kamu memang hebat dan berkemampuan!

tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya tatkala ini..
cuma saya begitu amat bangga dengan pencapaian kamu.
saya rasa siapa saja yang mengelilingi kehidupan kamu amat berbangga dengan kamu!
segala titik peluh dan usaha kamu selama ini berbaloi!

oh!dan jangan lupa!
pengorbanan saya juga!
 =)

tapi lepas ni tak tahu lagi macamana pulak kehidupannya..
aduh!
penantian lagi..

tapi insyaallah, akan di tempuhi dengan senyuman.
walau ada duka juga.
itu kan asam garam kehidupan!

tahniah,sayang!
kerana kini bergelar seorang juruterbang Tentera Udara Malaysia.

ngee..gambar sekadar hiasan
 (menanti wajah kamu berlatarbelakang itu)


Monday, March 14, 2011

hangat-hangat taik ayam!

apakah?mengapakah tajuk sebegitu?
nak cerita apa ni?
huhuhu..
cerita pasal program diet aku!
~ ~ weeeee...

hehehe..
nak kata hangat-hangat taik ayam,,takleh jugak!
haritu aku dah nekad dah!
memang betul2 nekad!

and memang membuahkan hasil..
turunlah 4 kilo!
\ ^_^ /

nekad tak?
nekad tak?
ngee...

camne aku buat?
senang je..ikut rutin harian aku je..
kawal makan + makan on time!
3 kali sehari tapi dinner very the light one!
kadang tak makan pun dinner..

so,sekarang what's the problem, man?
huhuhu..
sekarang rutin harian dah lari sket..
sebab sekarang hari-hari orang ajak aku kuar..
ngee..kadang-kadang orang tak ajak aku,aku yang ajak orang..hehehe..
entah!
sejak 2 menjak ni aku bosan tul dok umah..
kalau balik umah aku akan bermalas-malasan..
pastu kene bebel!

bila aku or orang ajak aku kuar, confirm g makan punya!
and yang paling bestnyer bila orang yang belanja..
hehehe..
takkan ko nak tolak rezeki kot? ^_^

jadi aku pun makan dengan suka rela dan senang hati..
kesan buruknya lagi adalah bila aku kat rumah pun aku asyik nak makan je!
sampai mak aku tegur!
haish!asyik makan je ko ni!
tetiba kuat lak ko makan ni!
(haish!jangan mak aku pikir lain sudah!hahahaha)

so sekarang,musnahlah 4 kilo yang aku berjaya usir tu!
anytime dia akan kembali semula!

huwargh!!!!

diet!diet!diet!

tapi indahnya lah dapat merasai makanan..





aku pun tak tau nak bagi tajuk apa ni..

sudah2lah tu hidup susah..I nak bagi u hidup senang ni..
yelah2,hidup u takdelah susah sangat tapi cukup2 je..

u amik jelah..I really am sincere.
I want to take a good care of you.
I know i can!
I mampu!
Mampu bagi apa yang u nak...

U nak pikir apa lagi?
I betul2 serius dengan u.
I want to be with u forever!
I nak bagi kesenangan pada u.

Just accept my love and truly love me!

Huwargh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 kau giler apa!

dah taknak sambung g dah..
kalau ikutkan hati memang nak luahkan je sume kat sini..
tapi it's too P&C!
cannot share to public!

but i tell you!
it's killing me!!!!

Ya Allah, lindungilah hambaMu ini..Redhailah segala jalan yang aku pilih..
sesungguhnya niat di hati ku adalah sesuatu yang ku pikirkan baik namun aku masih memerlukan dorongan dan bantuanMu Ya Allah..

Amin Ya Rabbalamin..

Saturday, March 12, 2011

freestyle outing organized by Afra Make Up studio

Freestyle outing by Kak Afra
Lokasi: Taman Tasik Perdana, KL
Tarikh: 6 Mac 2011
Make up by: Sue Mohd Shaukhi
Wardrobe & accessories: personal  collections

bagi sape yang nak kenal Kak Afra, (nak kenal tu maksudnya nk amik job k,bkn lebih2..)
korg boleh klik kat blog  http://af-andaman.blogspot.com/  or kat FB fanpage Afra Makeup Studio

Personally, aku memang suka hasil tangan kak Afra ni. Memang cantik mekap dia tapi malangnya masih belum berpeluang diconteng muka ini oleh Kak Afra. Aku kenal kak Afra ni melalui kelas mekap dia..yang mana aku dimekap oleh student kak afra utk praktikal. leh baca kat link ni..bahan ujikaji mekap =p

so taknk cerita di belakang scene..
just update jelah gambar-gambar yang telah di upload oleh photog2 yang 1st time aku jumpa masa outing ni. Tak banyak pun gambar yang di snap sebab tak ramai photog yang available during that day tapi talent ramai giler.15 orang k! so bila sampai turn aku,photog2 dah penat..but i have to say..quite impresses with the editing..


2 gambar di bawah oleh Kekanda Rezza..Sangat terkejut dengan outcome!
Ni memang major editing ni..and so cantik!

mekap konsep memang Gothic style..tapi bila dah di edit mmg lagi giler nampak gothic! =)





Obviously,scene ni cantik kan! macam dah transform je tmpt ni..hehehe..and honestly, kalau saya takde dalam gambar tu pun takpe..



gambar seterusnya oleh Mshaza Amir Photoghraper..katanya dia tak edit pun..just enhance colour je..





last pic by Zyman Zyrill



okay..itu sahaja..sekian, terima kasih =)
















Friday, March 11, 2011

:: LOVE ::


go on...
interpret your understandings..

of the word


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/








































the truth is..

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


YES!
YOU!
dear you!
you know who you are!

misses you so much!





p/s- i just love all the pics above!it potrays the beauty of love naturally and nicely captured!

kalau camni mekap tebal ke?














rasa-rasanya mekap diorg ni tebal ke?
huhuu...tak tahu..
nampak macam nipis giler!
and yang paling penting nampak natural!
so natural beauty!
and not fake!

ke memang kulit diorg cantik?
walaupun muka tak cantik?hehehe..
hurm..tapi kalau tengok America's Next Top Model ada je yang kulit bermasalah..berjeragatlah apa..
tapi bila gambar keluar...
Fuhhh!marvelous and delicious babe!

editing?
itu memang dah pastilah kan!
tapi major or minor editing?
kesian kat photographer kalau nak kene edit bagai nak rak..
kalau tengok gambar-gambar kat atas ni..rasa macam minor editing je..
maybe touch up sket bagi muka nampak flawless and gebu je kot..

Argh!!!!
tak tahulah aku!
tapi seriusly teringin nak shoot camni dgn muka yang tak berapa nak tebal mekap..
so far mana-mana photoshoot yang aku penah join sume conteng muka aku tebal-tebal..

foundation taktaulah berapa inci tebalnya..
sampai kulit wajah aku dah teruk seh!
jerawat senang timbul sekarang ni!
yang paling sedih tinggalkan parut!

huwargh!!!sedihnya!
nak g buat muka selalu pun ongkosnya mana nak cekup?
kalau taknk join photoshoot,taklehlah sbb aku suka..

hurm..

hurm..

hurm...

kawen ngan dato' jom!

TEETTTTTT!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails