Apa reaksi korang kalau kawan - kawan contact korang nak pinjam duit?
bukan ciput - ciput tapi ratus-ratusan..ribu-ribuan..
Aku selalu tersepit dalam situasi macam ni..
pagi ni,dengan keadaan aku yang tak berapa nak 'feeling well' ni tetiba dpt sms dari seorang kenalan..
Reaksi aku?
Abaikan saja sms itu.
Adeh!
apa korang ingat aku cop duit ke?
ingat gaji aku cepuk - cepuk berjuta - juta lemon ke?
ingat Nuffnang bagi aku smpi 10k ke?ratus-ratus pun takde lagi..
grrrr....!!!
Maaf ya..pada yang berkenaan.
Bukan aku kedekut..
dan bukan aku tak pernah bagi pinjam duit pada kawan-kawan
aku mmg jenis yg cepat kesian pd kawan-kawan terutama kalau bab duit ni.
sbb aku tau tanpa duit memang hidup susah.
Pernah ada masa tu,aku sendiri kesempitan ongkos,
cuba sedaya upaya nak bagi pinjam kat kawan sebab aku tau dia memang sangat terdesak.
Dan setakat ni bagi yang pernah aku pinjamkan sampai ke hari ini diam seribu bahasa.
kalau setakat 3,4 ratus tu aku diamkan aje..
dengan harapan dia sendiri boleh ingat dan langsaikan hutang beliau pada aku..
tapi kalau yang ribu-ribuan,aku akan bertanya..
sampai aku pun dah letih.
so aku diam aje..
dengan harapan dia paham.
ingin aku tegaskan di sini..
aku bukan anak orang kaya.
gaji aku pun tak seberapa.
segala apa yang aku miliki sekarang, <- ceitt!ayat mcm bnyk je harta ko!
adalah hasil titik peluh aku sendiri
last aku minta duit kat mak (itupun bukan aku mintak, mak yang bagi sendiri)
adalah masa aku bergelar pelajar sepenuh masa.
habis je belajar, terus kerja dan aku tak pernah minta duit mak
semua usaha sendiri.
jimat cermat.
ikat sana,ikat sini..
catu sana,catu sini
so nasihat aku pada kawan-kawan aku.
berbelanjalah ikut kemampuan.
jangan ikut rasa.
kalau ikut rasa aku,
nak je aku klik je 'transfer payment' banyak-banyak kat barang-barang yang aku berkenan..
ngeee... T_T
Apapun, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan redha.
Setiap orang ada masalah tersendiri dan aku juga tak terlepas.
Berfikirlah untuk menyelesaikan semuanya.
Kalau perlu usaha lebih sikit, usahalah.
Jangan harap duit jatuh ke riba je.
Usaha, ok!
Caiyok!Caiyok!
Ini pesanan utk saya juga,yer..
^_^
Sekian,
Terima Kasih