gy

let's get connected

Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Friday, December 27, 2013

DIY projek kahwin: Wedding Guestbook


Assalamualaikum & hi...

Kali ini nak buat quick update! Masih mengenai projek DIY majlis kahwinku.. Kali ini adalah mengenai Guestbook ku. Pun salah satu DIY projek ku yang sgt ku sayang tapi projek DIY ni kira macam semi DIY lah.. sebab ada sedikit ketipuan di situ. Apa yang aku cakap ni? Well, biar gambar yang berbicara

 
 
tadaa....
 
 

 
cover kulit buku
 
 
 
 
 
 
 
kata - kata aluan kepada tetamu

 pada mukasurat pertama
 
 
 
 
 
 
 
muka surat seterusnya..page yang aku sgt2 suka! tulisan menerangkan gambar. Tak sepatutnya tetamu sign kat sini.. haish! nak kene betul cousin aku ni!
 
 
 
 
 
 
 
other internal pages
 
 
dan lagi...
 
 
dan lagi..lagi..
 
 
 
 
 
lagi...
 
 
back cover
 
 
 
so ada paham kenapa aku cakap semi DIY? hehe...
Untuk makluman aku beli direct dari Pixajoy. Mula ingat nak beli voucher groupon atau living social deal tapi susah nak cari yang landscape. Kalau ada pun harga mahal. Tetiba buka website pixajoy ada promotion, so terus je beli. RM50 kalau tak silap aku untuk 40 muka surat. Saiz besar sikit dari A4 size kurang dari A3 size.
 
Aku & incik tunang (pada ketika itu) compose bersama di Starbucks. Oh, kitorang memang suka buat keje kat coffee shop.. Senang, ada wifi & bole enjoy coffee!
 
Kitorang compose gambar guna photoshop lepas tu baru masukkan ke dalam page pixajoy tu.  Kalau tak, agak susah & leceh sedikit kalau compose terus dalam Pixajoy. Bila dah siap compose, submit online dan tak sampai 3 hari bekerja pun dah dapat. Outcome dia memang tip top & we love it!
 
cukup ke 40 mukasurat je? Jawapannya tak cukup! Sebenarnya bole je kalau korang nak top up mukasurat tapi sebab aku kedekut so tau apa yang aku buat?
 
hehehe..aku buat buku lain tapi print kat kertas A4 biasa.. sumbernya of course office ku tersayang!
 
 
gambar kenangan ketika mencompose layout di coffee shop!
 
 
P/S- Gambar yang digunakan adalah gambar pre-wedding yang di ambil di Sepang Gold Coast Palm Resort.
 

Friday, December 13, 2013

Our Wedding band




Cantik tak? well, taklehlah of course lawan cincin rozita che wan & zain saidin


normally,  kalau ikut orang kita selalunya cincin kahwin ni yang ada batu sebentuk..
yang macam aku ni lebih kepada cincin merisik or bertunang kot..
sebab aku pun tak tahu nak klasifikasikan cincin yang macam aku ni jenis yang macam mana..
belah rotan ke?tapi setahu aku cincin belah rotan takde batu..

hurm..tak kisahlah.. aku panggil wedding band jelah..

memang niat tak nak cari cincin batu sebentuk..
sebab masa merisik/bertunang haritu dah dapat sebentuk cincin certified diamond solitaire..
at least nak variasilah..
lagipun cincin kahwin ni orang banyak buat basahan.. sbb tu org putih kalau cincin tunang dia bagi solitaire tapi cincin kahwin band kosong sahaja.


so pusing punya pusing.. hanya yang macam ni je yang menarik perhatian aku..
last2 belilah dekat Tomei One Utama..

sebab?

of courselah after comparison reasons..

yang dekat Tomei ni emasnya solid & berat..
diamondnya berkilat shining lebih..
harga competitive & more valuable..

so, beli.. tutup mata, simpan sehinggalah hari nikah baru bertemu kembali..
beli kalau tak silap 2 bulan ke 3 bulan sebelum nikah..

itu cerita cincin nikah aku..
cincin nikah si dia?

mestilah aku suka abaikan.. ngee...
dah tu dia ni susah sikit kalau nak beli barang dia..
kalau Tanya cakap tak kisah..tak kisah..

tapi bila nak beli, jenuhnya ya rabbi!
ops!tak baik kutuk suami sendiri :p
bukan kutuk tapi story sharing.. (I'm sure he don't mind)

right from start dia dah request tak kisah cincin apa pun tapi yang penting ada diamond.
cheh! nak jugak diamond!

memang dah sedia maklum.. lelaki islam haram pakai emas, tak kisahlah emas kuning ke putih ke..
setengah orang cakap boleh pakai cincin ......
tapi bila di check2 cincin ni pun ada terkandung sedikit % emas..

jadi kalau dah was2, tak yakin harislah dielakkan...

Ya Allah, susahnya nak cari cincin lelaki!
kat kedai emas, dah tentulah jual cincin emas..

ada platinum.. tapi menurut katanya mahal..
bagus! selamat duit aku!
hehehe walaupun aku dgn rela hati nak melabur.. seriously aku tak kisah..

so move to silver..
tapi takde DIAMOND!
sudah....

dekat Habib boleh customade..
tapi tak berbaloi..
ko customade harga lebih mahal dari harga emas..
walaupun nak kata..takpe..ni kan cincin kahwin, bukan cincin couple ke jadah..
tapi nasib suami ku ini berfikir panjang..
jangan buang duit..
nak beli biar berbaloi..

ok, so next......
Tanya jugaklah member2 lelaki yang dah kahwin depa beli kat mana..
ada ckp kat PKNS shah alam.. tapi bila aku usha cincin depa..
ops! tak cantik!
ada batu..tapi batu besar..xmoh aku bg laki aku pakai..
nasib laki aku pun sependapat dgn aku...

nak dijadikan cerita aku pi Bausch K One Utama dgn kawan aku..
kedai barang kemas stainless steel je..
tak banyak choice..tapi ada satu tu aku n my friend berkenan..
lain dari yg lain.. yg penting ada diamond!
ikut hati nak beli je..
murah pun murah..tapi murah sgtlah pulak..
ok ke laki aku nanti?

so balik tu excited pi sembang dgn dia..
dia cool je.. ok, nanti kita g tgk..
bwk dia, aku tak tunjuk pun yg mana aku berkenan..suh dia pilih, satu pun dia tak pilih..

ha.....!!!!!! kan aku dah ckp dia memang susah!
bila kau tunjuk yg aku berkenan tu..
dia kata biar betul? macam cincin tak serius je..

erk??? ok, malas dah nk tolong cari..
so pencarian terhenti di situ...
dah saat2 akhir..kesian dia... dia google2 org kata kedai ni ada jual..

kat One Utama..cheh! One Utama jugak! punyalah nak boikot OU..
so lunch time kitorg pi serang OU.. sekali lagi.. (tak tau berapa kali kitorg dtg sini cari brg kahwin)

jumpa kedai tu.. J.V. Bovier namanya
dan terjumpa cincin seperti dlm gambar...

ada Nampak diamondnya? ha...6 biji lagik! tapi takleh lawan aku.. 20 biji :p

ada diamond! certified lagi tu!
design cantik & fresh..
aku berkenan dia apa ntah lagi..
excited beliau..
maka.. swipe card!


muka excited beliau dapat cincin yang diidamkan



tamat pencarian cincin kahwin kami. :)

Monday, December 2, 2013

DIY project kahwin: cushion hiasan bilik pengantin




Assalamualaikum & hello...

next review untuk projek DIY project kahwin aku kali ini ialah antara yang menjadi favourite aku!
Biarlah berkali - kali aku nak stresskan DIY projek yang aku buat kalau boleh taknk membazir & lepas majlis buang sahaja.. konsep DIY aku adalah 'Do It Yourself' & pakai balik bukan pakai buang :)

Idea terdetik bila ku pikirkan bagaimana nak hias bilik pengantin.. almaklumlah bilik pengantin adalah bilikku yang sedia ada..perabot pun guna yang sedia ada je.. cuma aku beli tilam baru sebab mak aku bising katanya tilam aku dah lama..

lepas tu nak dijadikan cerita..almari bilik aku pulak roboh..hahaha.. macam tau2 je nak minta diganti.. almari rangka ikea yang takde pintu, sesuailah untuk orang bujang..
memang takde niat nak beli baru walaupun mak dah bising. at first aku ingat nak tutup je dengan string curtain (betul ke istilah aku ni?) alah, curtain yang tali jurai - jurai yang selalu orang guna as area separator antara dapur dgn ruang tamu tu.. tapi tak sempat guna, almari dah roboh! terpaksa buat muka kesian minta 'incik tunang' masa tu sponsor almari..ngee..

berbalik pada kisah cushion cover ni.. kan dah biasa orang hias dgn bantal kecik-kecik kat atas katil & now also trend org buat felt craft cushion.
ala macam ni..

 
                                              ihsan dari myMyEa precious collection
 


*Tink! terdetik idea..
nak buatlah..macam senang je...
tapi xnaklah yg comel2 gini..
nak yang sweet romantic gitu..

googlelah cara-cara nak buat craft felt ni..
cara yang betul ialah dengan menjahit..
tapi ada yang nak cepat, gam kan aje..

so yang mana aku pilih?
mestilah gam kan aje..
pemalaslah katakan...hehehe

disebabkan nak jimat, beli kain pun yang murah je..
beli kat Daiso RM 5.. ingat memula nak test je..sekali dah beli, buat ko ingat aku rajin nak buat semula? memang taklah..

lepastu aku beli gam kain pun kat Daiso RM5
tapi kalau korang nak cari gam kain yang berkualiti better beli kat Art friend mcm yg aku pernah review before this..

cushion cover beli kat mana?
beli kat ikea.. RM19.90 satu..
masa ni tengah promo.. harga asal RM29.90 kot if tak silap (lupa sudah)
actually, banyak je yang murah kat Jusco, Tesco etc..
tapi aku memang dah berkenan dengan corak Ikea ni..

bahan-bahan yang diperlukan:

  1. kain felt RM5 Daiso
  2. gam kain RM5 Daiso
  3. spray mount (temporary gam) harga tak dapat dikenal pasti sbb guna ofis punya
  4. cushion cover RM19.90/1pc IKEA (nak DIY boleh nak beli pun boleh) 
Cara-caranya:

  1. so apa yang korang perlu lakukan adalah type & printkan write out atau image yg korang nak tu.. of course sumber terbaik aku adalah ofis.. pilih font & print A3 saiz atau mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. tampal atas kain felt menggunakan spray mount. Lepas tu cut out ikut tulisan/ image tu. Dah siap bolehlah cabut kertas tu
  3. next step acukan atas cushion cover ikut kesesuaian or kesukaan korang.. ni macam yang aku buat..
 
                                  untuk dapatkan lurus, aku guna benang..and tapekan kat lantai
 
       4. last but not least, tampalkan satu - satu menggunakan gam kain ... pastu siap!
 
tarra! kami dengan bantal masing-masing. Credit to my bestie yg tengah2 tu atas gambar ni..
Sweet romantic tak?
tarikh nikah kami!
 
 
 
 
weee.... tak sabar nak tunggu official gambar dari official photographers ni! mesti cantikkan.. hahaha.. perasan!
 
Nampak senang tapi agak rumit sikit. sebab pilihan font aku amatlah halus, susah nk gunting & gam.. font yang macam ni sebenarnya lagi senang guna sticker. Google gak mana nak cari 'iron on sticker' tapi tak jumpa..kalau korang tau kat mana ada jual, bagitaulah..
 
so last choice gam jelah.. tapi gam tak kuat, so yang terbaik adalah jahit..
 

Monday, November 25, 2013

DIY project: Kad Kahwin


Assalamualaikum & hi,

sharing tips untuk entry kali ini adalah mengenai kad kahwin kitorang!
Yes! completely 100% done by us..

Actually, kerja -kerja design & final product of kad kahwin ni bukanlah asing bagi aku. Memang sebelum ni aku memang ada buat bisnes kad kahwin yang mana aku memang amik tempahan dari segi design sampailah ke printing.

Jadi kenapa stop? tak untung ke?
Untung! Banyak untung ma! Nasib aku freelance je..tak amik untung banyak macam kebanyakan kedai-kedai or orang-orang yg buat bisnes ni.

Aku stop sebab kekangan masa.. Ofis yang aku kerja sekarang ni agak limited untuk aku buat kerja part time lain, so aku decide untuk buat upon request sahaja yang mana selalunya untuk kawan-kawan.

so, takkan tokey kad kahwin nak tempah kad sendiri kat orang lain kan? hehe..

Untuk design kad kahwin aku, memang teramatlah simple but nice. Boleh ke puji hasil kerja sendiri? hehe.. Actually, of course hasil kerja incik suami jugak..

aku design overall look & front cover tapi bab map aku memang serah pada dia. So dia yang lukis & design map tu..

cuba tengok sikit macamana rupa kad kahwin kitorang tu..
tengok korang agree tak simple yet elegant & nice (poyo!)

ini bahagian depan @ cover
 
ni bahagian map @ belakang..
 
yes..kitorang punya kad hanya sekeping sahaja..takde lipat2, takde kerawang2..
inspired by English wedding invitation.
Kalau ikutkan aku dekat bahagian depan pendek je aku nk tulis ala2 macamni
 
 
tapi nanti banyak pulak orang komplen..so aku pun panjangkanlah ikut tradisi kad kahwin orang melayu..
 
yang ni 1st design untuk our kad. Bila aku tengok balik macam lagi cantik je dari yang final option..hee..tapi nak buat camne dah lepas dah..
 
meh, nak cite pasal finishing kad kitorang.. oleh kerana ianya hanya sekeping sahaja so taknaklah Nampak macam lousy & cheap. Kitorang guna kad yang berat dia 160gsm maknanya tebal. Untuk finishing, memang aku tak suka kilat2 ni.. so kitorang matte laminate so dia Nampak macam mewah sikit..sikitlah..tak banyak pun..hehehe
untuk sampul surat kitorg beli warna cream.
 
total cost?
nak tau ke?
RM 0.35 sekeping untuk 1000pcs..
500pcs untuk belah perempuan & 500pcs untuk belah lelaki.
murah tak?
 
nak tempah kad kahwin mengikut design & bajet korang?
bolehlah contact aku melalui email
 
Inshaa allah aku bagi harga yang terbaik untuk korang... :)
 

ni hasil print & potong sendiri guna printer ofis atas sebab2 teknikal kad tak siap lagi bila nak balik kampung.. (last minit plan nak balik kampung)
 
ni gambar masa official announcement & invitation to close friends
 
so, that is the story of our DIY kad kahwin.
 

Friday, November 8, 2013

Saat aku Terima Nikahnya


Alhamdulillah, Saat Aku Terima Nikahnya 18 Oktober 2013.



Akhirnya beralih ke satu fasa yang baru dalam kehidupanku. Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami.

In shaa Allah, aku akan sharekan pengalaman preparation majlis kami. Mungkin agak lain dari orang lain sbb kebanyakan orang menceritakan ketika saat-saat preparation majlis mereka, betapa stress, pening kepala dan sebagainya.

Walaupun backdated tapi masih segar dalam ingatan sebab kami adalah pengantin 'budget'! memang dari awalnya kami dah set our mind 'belanja berpada-pada dan jangan sampai takde duit langsung lepas kahwin'. From there we decided to do our little DIY projects.

Alhamdulillah, lepas kahwin pun tak terasa sangat duit yang dibuat belanja. So an advise, jangan terlalu ikut sangat trend semasa. Ukur baju di badan sendiri. Ikut hati memang nak tu,nak ni..pastu mulalah pujuk hati 'alah, sekali seumur hidup je' tapi kenapa nak berhabis-habisan untuk satu hari padahal kehidupan yang sebenar adalah selepas kahwin? betul tak?  Ewah, macam pandai je tapi itu semua hak individu untuk dapatkan kepuasan sendiri :)

Jom nak share sikit gambar masa majlis akad nikah kami.


 DIY pelamin nikah done by us with the help of my older sis & brother in law


 
 
Simple fresh hand bouquet done by my beloved older sis, Kak Lang
 
 
 
 
 
our own cutout photo props handmade by man :)
 
 
 
 
oh! finally, he's my man! btw love the wall colour. Nasib baik decided tak nak cat bilik. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails