Alhamdulillah, Saat Aku Terima Nikahnya 18 Oktober 2013.
Akhirnya beralih ke satu fasa yang baru dalam kehidupanku. Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami.
In shaa Allah, aku akan sharekan pengalaman preparation majlis kami. Mungkin agak lain dari orang lain sbb kebanyakan orang menceritakan ketika saat-saat preparation majlis mereka, betapa stress, pening kepala dan sebagainya.
Walaupun backdated tapi masih segar dalam ingatan sebab kami adalah pengantin 'budget'! memang dari awalnya kami dah set our mind 'belanja berpada-pada dan jangan sampai takde duit langsung lepas kahwin'. From there we decided to do our little DIY projects.
Alhamdulillah, lepas kahwin pun tak terasa sangat duit yang dibuat belanja. So an advise, jangan terlalu ikut sangat trend semasa. Ukur baju di badan sendiri. Ikut hati memang nak tu,nak ni..pastu mulalah pujuk hati 'alah, sekali seumur hidup je' tapi kenapa nak berhabis-habisan untuk satu hari padahal kehidupan yang sebenar adalah selepas kahwin? betul tak? Ewah, macam pandai je tapi itu semua hak individu untuk dapatkan kepuasan sendiri :)
Jom nak share sikit gambar masa majlis akad nikah kami.
DIY pelamin nikah done by us with the help of my older sis & brother in law
Simple fresh hand bouquet done by my beloved older sis, Kak Lang
our own cutout photo props handmade by man :)
oh! finally, he's my man! btw love the wall colour. Nasib baik decided tak nak cat bilik. :)
No comments:
Post a Comment