gy

let's get connected

Showing posts with label cincin. Show all posts
Showing posts with label cincin. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Our Wedding band




Cantik tak? well, taklehlah of course lawan cincin rozita che wan & zain saidin


normally,  kalau ikut orang kita selalunya cincin kahwin ni yang ada batu sebentuk..
yang macam aku ni lebih kepada cincin merisik or bertunang kot..
sebab aku pun tak tahu nak klasifikasikan cincin yang macam aku ni jenis yang macam mana..
belah rotan ke?tapi setahu aku cincin belah rotan takde batu..

hurm..tak kisahlah.. aku panggil wedding band jelah..

memang niat tak nak cari cincin batu sebentuk..
sebab masa merisik/bertunang haritu dah dapat sebentuk cincin certified diamond solitaire..
at least nak variasilah..
lagipun cincin kahwin ni orang banyak buat basahan.. sbb tu org putih kalau cincin tunang dia bagi solitaire tapi cincin kahwin band kosong sahaja.


so pusing punya pusing.. hanya yang macam ni je yang menarik perhatian aku..
last2 belilah dekat Tomei One Utama..

sebab?

of courselah after comparison reasons..

yang dekat Tomei ni emasnya solid & berat..
diamondnya berkilat shining lebih..
harga competitive & more valuable..

so, beli.. tutup mata, simpan sehinggalah hari nikah baru bertemu kembali..
beli kalau tak silap 2 bulan ke 3 bulan sebelum nikah..

itu cerita cincin nikah aku..
cincin nikah si dia?

mestilah aku suka abaikan.. ngee...
dah tu dia ni susah sikit kalau nak beli barang dia..
kalau Tanya cakap tak kisah..tak kisah..

tapi bila nak beli, jenuhnya ya rabbi!
ops!tak baik kutuk suami sendiri :p
bukan kutuk tapi story sharing.. (I'm sure he don't mind)

right from start dia dah request tak kisah cincin apa pun tapi yang penting ada diamond.
cheh! nak jugak diamond!

memang dah sedia maklum.. lelaki islam haram pakai emas, tak kisahlah emas kuning ke putih ke..
setengah orang cakap boleh pakai cincin ......
tapi bila di check2 cincin ni pun ada terkandung sedikit % emas..

jadi kalau dah was2, tak yakin harislah dielakkan...

Ya Allah, susahnya nak cari cincin lelaki!
kat kedai emas, dah tentulah jual cincin emas..

ada platinum.. tapi menurut katanya mahal..
bagus! selamat duit aku!
hehehe walaupun aku dgn rela hati nak melabur.. seriously aku tak kisah..

so move to silver..
tapi takde DIAMOND!
sudah....

dekat Habib boleh customade..
tapi tak berbaloi..
ko customade harga lebih mahal dari harga emas..
walaupun nak kata..takpe..ni kan cincin kahwin, bukan cincin couple ke jadah..
tapi nasib suami ku ini berfikir panjang..
jangan buang duit..
nak beli biar berbaloi..

ok, so next......
Tanya jugaklah member2 lelaki yang dah kahwin depa beli kat mana..
ada ckp kat PKNS shah alam.. tapi bila aku usha cincin depa..
ops! tak cantik!
ada batu..tapi batu besar..xmoh aku bg laki aku pakai..
nasib laki aku pun sependapat dgn aku...

nak dijadikan cerita aku pi Bausch K One Utama dgn kawan aku..
kedai barang kemas stainless steel je..
tak banyak choice..tapi ada satu tu aku n my friend berkenan..
lain dari yg lain.. yg penting ada diamond!
ikut hati nak beli je..
murah pun murah..tapi murah sgtlah pulak..
ok ke laki aku nanti?

so balik tu excited pi sembang dgn dia..
dia cool je.. ok, nanti kita g tgk..
bwk dia, aku tak tunjuk pun yg mana aku berkenan..suh dia pilih, satu pun dia tak pilih..

ha.....!!!!!! kan aku dah ckp dia memang susah!
bila kau tunjuk yg aku berkenan tu..
dia kata biar betul? macam cincin tak serius je..

erk??? ok, malas dah nk tolong cari..
so pencarian terhenti di situ...
dah saat2 akhir..kesian dia... dia google2 org kata kedai ni ada jual..

kat One Utama..cheh! One Utama jugak! punyalah nak boikot OU..
so lunch time kitorg pi serang OU.. sekali lagi.. (tak tau berapa kali kitorg dtg sini cari brg kahwin)

jumpa kedai tu.. J.V. Bovier namanya
dan terjumpa cincin seperti dlm gambar...

ada Nampak diamondnya? ha...6 biji lagik! tapi takleh lawan aku.. 20 biji :p

ada diamond! certified lagi tu!
design cantik & fresh..
aku berkenan dia apa ntah lagi..
excited beliau..
maka.. swipe card!


muka excited beliau dapat cincin yang diidamkan



tamat pencarian cincin kahwin kami. :)

Monday, April 15, 2013

kesinambungan dari cerita 'mencari cincin yang sesuai' part 1 hari itu..yang lebih berkisar tentang emas kuning dan emas putih so entry kali ini nak cerita pasal diamond pulak... shine bright like a diamond... blink2...hehehe... so sape yg nak baca pasal part 1 leh klik sini -> beza emas kuning dan putih
dah janji kan nak cerita pasal diamond.. actually, aku pun takdelah pandai dan arif sangat pasal diamond ni...baca sikit2 untuk pengetahuan je..sebab dalam hati sedar diri ini siapa..huhuhu.. lagipun bab diamond ni mcm complicated & susah sikit nak paham sbb bnyk betul term2 dia.

tapi to summarized dan utk mudah orang2 kebiasaan macam kita ni nak paham, ada 4 C yang perlu anda tahu mengenai diamond.

  1. Carat
  2. Clarity
  3. Colour
  4. Cut
Carat 
Kalau berat emas di ukur melalui Karat, diamond pula di ukur melalui Carat. 1 carat bersamaan 0.2g dan ianya terbahagi kepada 100 point. Sebagai contoh kalau diamond itu 75 point iaitu 3/4 carat. bermakna ada 5 carat dalam 1 g.


Clarity
Clarity adalah tahap ke'clearan' sesebiji diamond.senang nkpaham..lg clear diamond tu,xbanyak tanda - tanda cela maka semakin baguslah diamobd itu :)





Color
Mungkin secara mata kasar manusia, kita nampak warna berlian putih sahaja tp hakikatnya mungkin ada tona warna kuning atau coklat bila kita compare side by side. So colour ni pun ada grade dia..grade start with D. Lagi colorless lg jarang d jumpai maka lebih berharga



Cut
Last but not least..cara pemotongan diamond!yg ni terletak ditangan tukang pemotong diamond. Sbb ianya sume ada kaitan debgan imbasan dan pembiasan cahaya yg masuk dan terbias.pemotonfan yg terlalu dalam atau terlalu nipis boleh menyebabkn cahaya yang memasuki berlian terbias jauh dan tak memasuki penglihatan mata kita so hasilnya kire tgk kurang shining!

Basically, setakat itu sahaja yang aku dig out thru en. google sbb aku rasa itu je kot yang perlu aku tau hehe walaupun no harm to know more, lagi bagus tapi aku ni dasar pemalas nak membaca. only read & select what i want to know je.

ngee.. so dah tau dah cincin apa yang nak dicari? :)









Tuesday, April 2, 2013

mencari cincin yang sesuai




'seseorang' menyuarakan isi hatinya untuk menghadiahkan sy cincin!
 
Cincin?wink2...!
 
hurm...nak cincin macamana yer?apa yg perlu tau utk pilih 'the right ring'?
Teringat dulu kawan penah ckp emas kuning xleh ikat batu..tp ingat2 lupa apa sbnrnya yg dia cakap..so teruslah google. Problem gak tu nak type search word..en google pening..
so aku type jelah what to know about white gold..
 
oh!actually, aku suka white gold..maybe ramai agree dgn aku kot white gold nmpk lebih moden, elegan n blend wells with our skin tapi kalau orang2 tua mesti xsuka..pasal apa?sebab white gold ni takde value katanya bila nak jual balik!
 
Salah!bukan xde value tapi kurang value...kenapa?betul ke? tahukah anda barang kemas emas kuning pun sebenarnya boleh jadi hal yang sama?

Sifat semulajadi emas adalah lembut dan kuning berkilat tapi kenapa kadang - kadang kita tengok warna kuning barang kemas dan tahap kekilatan itu berbeza - beza? korang pernah dengar tokei atau penjual kedai emas cakap oh.. ni emas 916..925 atau 24karat,18 karat..bla..bla..bla..
 
Paham ke apa maknanya?Karat itu adalah unit ukur emas. kiraannya ikut peratusan kandungan emas di dalam sesuatu barang itu.. barang kemas ke barang perhiasan disaluti emas ke..
Normally, di sebabkn emas ini terlalu lembut dan tahap ke'durability' dia lemah so when it turns to jewelery, ianya dicampur dengan besi - besi lain yang dikenali sebangai besi aloi.  kalau korg still ingt lg dulu2 kite pernah belajar masa sekolah.

So 100% gold dikira 24K. Bila kite tengok kat inner circle cincin kite nampak 916lah..925lah or kite nmpk 18k. Maksudnya 18/24k. 18 unit adalah emas sebenar yang digunakan dan 6 unit lagi adalah campuran besi lain. Setiap besi lain yg ditambah itu ada sifat tersendiri dan penyumbang kepada tahap or final finish of the jewelery...dari segi warna ke,kekuatan dan kualitinya.
 
18k adalah yang paling baik untuk barang kemas sbb ianya 75% drpd emas asli yg digunakan. Of course 22k atau lebih adalah lebih bagus tapi bare in mind lagi bnyk pure gold lg lembut emas tu lagi susahlah nak ikat batu or diamond.

So?dah paham?makin kurang nilai Karat,maka semakin kurangla nilai emas asli di dalam barang kemas tu. now, aku paham apa statement kawan aku dulu..hehe..maaflah dulu zaman memang xamik berat..siap aku dok gurau2 karat tu sbnrnya karat as in rust. Oh!sgt jahil :)

So apa pilihan anda?emas kuning atau emas putih?sama je kan?cumanya emas putih dilebihkan besi yang membuatkn warnanya bertukar putih dan selalunya untuk finishing terakhirnya utk nampakkan lagi berkilat, disadurkan pulak metal selalunya rhodium. That's why sometimes by time, emas yg dipakai selalu xkisahlah kuning ke putih akan nampak kusam dan kurang kilat..so nak kilatkan balik, caranya mudah je,pegi blk kedai emas suruh diorg sadurkan blk :)

Hasil tulisan ini adalah dari segi pemahaman dari bacaan di google jgk.so kalau xpuas ati,googlelah sendiri tapi xbanyak result dalam bahasa melayu. Bila dah banyak membaca ni, banyaklah pengetahuan..so aku bagitaulah kat incik 'seseorang' bahaya ni..nanti i makin cerewet..
 
Katanya:
 "its ok.. we want to choose the right one so be it every money that we spend is worth it. Dari kalau kita xtau pape, dengar je cakap si penjual dan beli yang salah camana?"

Oh!so true!so what did i do next?google on diamonds pulak!hehe...on next updatelah pulak i tell u guys about what i understood about diamond k..n of course the final reveal of
'THE RING!!!!!' gambar di atas hanya ilustrasi sahaja :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails