Hubungan jarak jauh..ya..Post ini adalah mengenai apa yg kurasai ttg hubungan ini..benar!aku dilamun cinta.Benar!hubungan cintaku hubungan jarak jauh..dan Benar!ianya amat menyeksakan. Harus ku aku hanya org yg benar-benar kuat mampu mengatasinya..terus terang ku katakan aku sendiri tidak yakin sejauh mana mampu aku bertahan. Kini hubungan kami sudah menjangkau 3 tahun..3 tahun bagiku bkn sekejap..kadangkala aku sendiri tidak mempercayainya..betulkah baru 3 tahun?sedangkan kurasakan bagai bertahun lamanya..erm..mungkin episod cinta kami berbeza dgn pasangan lain..hubungan kami penuh dgn dugaan tersendiri..memang kami terpisah beratus km jauhnya..seorg di utara seorg di tgh ibu kota..namun itu, bagiku bukan cabaran yang sebenar.memang benar ia penyumbang tapi aku yakin itu mampu ku tangani. apa yg tidak mampu ku tangani adalah kesukaran utk berhubung..dhlah susah nk jumpa,nk berhubung pn susah..hidupku seharian sunyi..sedangkan kwn-kwnku handphone sentiasa berbunyi..aku?nk dengar berbunyi punyalah susah..jarang - jarang sekali berbunyi..kalau berbunyi pn itu pasti dari kawan - kawanku..atau bank nk buat credit cardlah...offer tu lah offer nilah..hehe.. waktu aku bersamanya adalah pada malam hari. lebih kurang pukul 11 mlm. dia akan menelefonku dan kami bersembang..kadangkala dalam suasana aman..kadangkala dlm suasana yg amat memedihkan. tgk keadaan dia disana..kdg2 bila dia pulang lewat,maka lewatlah dia menghubungiku..dan bila lewat bermakna adalah kejadian yg berlaku..kdg2 kami hanya bersembang 10min saja.bygkan dlm masa 24 jam,hanya 10 min diperuntukkan utkku..sedangkan aku mempunyai 1001 kisah utk di adu padanya..kadangkala tiada langsung khabar berita dari dia..berhari - hari lamanya..ataupun kadangkala hanya 1 msg sempat dikirimnya.pedih!hati aku sering terasa.namun, aku tau itu suma bukan kehendak hatinya..keadaan yang memaksa..aku tau dia letih..setiap hari seawal 4 pagi sudah bangun..masa tu aku lena di ulit mimpi lagi..dia menjalani rutin hariannya yg kadangkala bagiku entah apa - apa entah.argh!kadangkala aku rasakan hidup tentera ni hanya membuang masa saja!kadangkala aku benci!!aku tau si dia masih dalam latihan utk menjadi seorg yg akan berjuang utk negara suatu hari nanti..dan aku tak kisah andai dia memerah keringat utk berlatih..tapi apa yg seharian dia buat?hanyalah sentiasa alert dengan kerenah-kerenah pihak atasan. yg membuatkan aku rasa aku benci pada pihak atasan tentera yang kadangkala tidak munasabah!!maafkan aku andai aku menyentuh hal sensitviti ketenteraan,tetapi in hanyalah pandangan aku sebagai seorang orang awam..apa salahnyer kucing berkeliaran?kucing itu makhluk tuhan..tetapi kerana kucing - kucing yg bagi pendapat mereka mengotorkan dan menjatuhkan reputasi..maka kucing - kucing itu harus ditangkap..dan kerana kucing,mereka di belasah..adakah relevan?bagi aku lainla kalau mereka tak performed ke..wajarlah mereka di hukum..tetapi huh!kucing???
kesian makhluk comel ini..
aku tak tau sejauh mana lagi mampu aku bertahan..aku tau tidak adil bagi dirnya..tapi ianya tidak adil juga bagi diriku..aku tertekan dengan kehidupan seharianku..bygkan..kwn2ku hujung minggu bila aku ajak keluar,diorg nk pergi dating,pagi beli brg dengan balak msg2,aku nk kuar dgn sape?nk beli brg dgn sape?pastu bila nk mengadu..kena tunggu pukul 11 mlm..itupun kalau bernasib baik..kalau tak?kau peram je lah jadi pekasam..huh!bahagia kah aku dengan hubungan sebegini?aku pn tak tau nk ckp..bknlah segalanya menyedihkan..ada juga bahagianya..especially bila berjumpa..setiapa kali bila jumpa rasa macam itulah pertama kali kami berjumpa..semua benda akan dilakukan bersama..walaupun kadangkala aku bengang gak sbb kena kejar masa nk kena masuk sblm kul 6lah..itula inilah...tp aku rasa itu sbgi byrn yg aku perlu byr..ku akui aku seorg yg setia..sekali aku katakan aku sayang pada seseorang,pasti aku akan tetap menyayanginya. dan begitu juga dengan hubungan ini..walau kurasakan begitu byk pahit dari manis tapi aku tau ianya bersifat sementara.kerana pasti kebahagian akan menyusul..hubungan jarak jauh ini hanya akan bertahan sekiranya kita berpikiran jauh..sejauh mana anda melihat hubungan itu akan pergi..dan aku..aku bertahan kerana kurasakan tiada lelaki lain yg mampu menerima aku sepertimana dia menerimaku..aku yakin dia tercipta untukku..ada sinar kebahagian untuk kami suatu hari nanti..dan masa itu tidak lama lagi..insyaallah..dlm masa setahun ke dua tahun..dan sementara itu..aku hanya mampu memohon kepada Mu ya Allah..semoga memanjangkan hubungan ini..melindungi hubungan ini..dan memupukkan kesabaran kepada diri kami..AMIN..
No comments:
Post a Comment