gy

let's get connected

Monday, November 25, 2013

DIY project: Kad Kahwin


Assalamualaikum & hi,

sharing tips untuk entry kali ini adalah mengenai kad kahwin kitorang!
Yes! completely 100% done by us..

Actually, kerja -kerja design & final product of kad kahwin ni bukanlah asing bagi aku. Memang sebelum ni aku memang ada buat bisnes kad kahwin yang mana aku memang amik tempahan dari segi design sampailah ke printing.

Jadi kenapa stop? tak untung ke?
Untung! Banyak untung ma! Nasib aku freelance je..tak amik untung banyak macam kebanyakan kedai-kedai or orang-orang yg buat bisnes ni.

Aku stop sebab kekangan masa.. Ofis yang aku kerja sekarang ni agak limited untuk aku buat kerja part time lain, so aku decide untuk buat upon request sahaja yang mana selalunya untuk kawan-kawan.

so, takkan tokey kad kahwin nak tempah kad sendiri kat orang lain kan? hehe..

Untuk design kad kahwin aku, memang teramatlah simple but nice. Boleh ke puji hasil kerja sendiri? hehe.. Actually, of course hasil kerja incik suami jugak..

aku design overall look & front cover tapi bab map aku memang serah pada dia. So dia yang lukis & design map tu..

cuba tengok sikit macamana rupa kad kahwin kitorang tu..
tengok korang agree tak simple yet elegant & nice (poyo!)

ini bahagian depan @ cover
 
ni bahagian map @ belakang..
 
yes..kitorang punya kad hanya sekeping sahaja..takde lipat2, takde kerawang2..
inspired by English wedding invitation.
Kalau ikutkan aku dekat bahagian depan pendek je aku nk tulis ala2 macamni
 
 
tapi nanti banyak pulak orang komplen..so aku pun panjangkanlah ikut tradisi kad kahwin orang melayu..
 
yang ni 1st design untuk our kad. Bila aku tengok balik macam lagi cantik je dari yang final option..hee..tapi nak buat camne dah lepas dah..
 
meh, nak cite pasal finishing kad kitorang.. oleh kerana ianya hanya sekeping sahaja so taknaklah Nampak macam lousy & cheap. Kitorang guna kad yang berat dia 160gsm maknanya tebal. Untuk finishing, memang aku tak suka kilat2 ni.. so kitorang matte laminate so dia Nampak macam mewah sikit..sikitlah..tak banyak pun..hehehe
untuk sampul surat kitorg beli warna cream.
 
total cost?
nak tau ke?
RM 0.35 sekeping untuk 1000pcs..
500pcs untuk belah perempuan & 500pcs untuk belah lelaki.
murah tak?
 
nak tempah kad kahwin mengikut design & bajet korang?
bolehlah contact aku melalui email
 
Inshaa allah aku bagi harga yang terbaik untuk korang... :)
 

ni hasil print & potong sendiri guna printer ofis atas sebab2 teknikal kad tak siap lagi bila nak balik kampung.. (last minit plan nak balik kampung)
 
ni gambar masa official announcement & invitation to close friends
 
so, that is the story of our DIY kad kahwin.
 

Tuesday, November 12, 2013

DIY project: tissue paper flowers bunga telur

Assalamualaikum & hello..

Entry ni nak tunaikan janji pada diri sendiri..seperti yang telah disenaraikan dalam entry ni, so 1st DIY projek review ialah bunga telur yang menggunakan tissue paper.

er, nak tutorial ke? tak payahlah rasanya.. sebab kalau korang google pun dah berderet tutorial ni. sekarang ni memang hangat orang kita dok buat tissue paper flowers. Sori aku tak boleh nak credit to which blog aku refer to..sbb paham2 jelah masa aku jadi bride to be aku teramatlah sibuk, mana dengan kerjanya mana dengan persiapan kahwinnya. so masa tu kebanyakannya aku google, baca & memorized step by step. Mana yang aku berkenan dgn gambarnya, aku saved.

So, maybe aku share tips jelah er.. :)

Anyway, versi tissue paper flowers aku...

jeng..jeng..jeng..

 
er..buruknya!hahaha

ini sebenarnya percubaan kali pertama. kan dah kata aku google, baca dan hafal step by step..sbb tu jadi macam ni sbb almaklumlah otak manusia..dan kerana itulah ianya buruk dan amat memalukan :p

Percubaan pertama aku guna crepe paper yang aku beli 1 paket kat semua house. sori, tak ingat harga tapi rasanya rm2 sepaket. Cubaan pertama memang tak puas hati tapi tak tahu kenapa tak jadi.


aku godek2 barang kat rumah..tetiba aku terjumpa satu kertas warna mint. aku try buat & aku rasa macam sedikit puas hati.. nicer than 1st attempt.


So, dari situ aku tahulah..kertas memainkan peranan. at 1st, aku pikirkan crepe paper tu sama dengan tissue paper tapi sebenarnya tak sama. Mana nak tahu incik google cakap banyak je orang guna crepe paper buat paper flowers. Sebenarnya boleh jugak tapi tahap flowy dia tu kureng sket.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku jalan2 dekat midvalley sorang2.. aku masuk Daiso dan aku ternampak Tissue paper yang siap dipotong empat segi kecil. Siap ada gambar tutorial..

ada 2 jenis yang dia jual.. 1 yang dia dah potong empat segi kiranya kau tinggal, lipat2, ikat & carik-carikkan aje..  1 paket tu ada yang dia dah campur warna dan ada yang 1 warna je..

dan 1 lagi jenis dia memang dah potong empat segi dan siap dah lipat & ikat. Kira kau tinggal carikkan aje.

huh! senang bangat! cuma yang ini dalam 1 paket ikut warna je..

Disebabkan aku nak buat kaedah cuba jaya dan memang dah impikan bunga telurku berwarna warni pastel colour so aku pun beli yang jenis no. 1.

so, standard Daiso harga RM5.
warna-warna yang terdapat dalam 1 paket

kalau korang notice yang warna pink tu ialah saiz asal paper tu.. agak besar untuk buat bunga telur.. so apa yang aku buat adalah aku kerat 2 kertas tu.. so dalam 1 paket tu aku boleh dapat er.. aku pun tak ingat tapi rasa lebih dari 50 kuntum.

bila aku dah pandai, aku berlagak dengan masa tu incik tunang aku.. so aku suruh dia buat. Aku cakap mulut je.. buat camni..camni..camni..takde demo takde apa. so incik suami pun balik rumah dan melakukan eksperimen sendiri. Hasilnya?

Not bad for a 1st timer yang hanya dengar seorang perempuan terangkan macamana nak buat je kan?


Tersenyum aku bila dia tunjuk kat aku..hehe..siap letak riben tu! tak tahan..
So after work, kitorang lepak kedai kopi & buat..masa tu barulah aku turunkan ilmu di dada pada dia.


Tengok tangan siapa yang buat :)

 

bukti I pun ada buat k..


Hasil buah tangan kami.

incik suami hanya tolong buat bunga & riben.. yang combinekan menjadikan nya bunga telur adalah aku. buat riben lilitkan pada lidi satay, letak kain net & lilit dgn tape bunga.
Sebenarnya tak perlulah tangan kreatif sgt. Hanya ada kemahuan & kaedah cuba jaya.. Anda sudah Berjaya jimat.  Kalau nak beli yang ready made pun ada..kalau yang mahal memang cantik tapi yg murah..paham2 ajelah kan.. so kalau korang buat sendiri, cantik ke buruk ke percayalah korang akan puas hati tgk hasil kerja tangan sendiri.. Cuma kena sabra & tekun.. caiyok!


hasilnya.. mana warna pastelnya?hahaha too much colour & terlalu terang. So I omit kaler merah, biru, kuning & putih.. warna oren & green (sepatutnya peach & mint) beli lain dekat Popular bookshop sbb nak efek pastel kaler..tapi tak menjadi :)


nanti kalau dah dapat gambar dari official photographer I update semula the final outcome!  Credit to my bestfriend Farhana & my sisters yang letak telur & cucur dekat pahar!


 
Where to get:
  •  tissue paper - Daiso RM5
                                - Popular bookshop
                                - Online shop
  • Crepe paper - most kedai barang kahwin (Semua house kat jln TAR, kat Nilai pun banyak, kedai stationery pun ada) Crepe paper senang sikit nak cari compare to tissue paper.

  • Riben - Semua House murah depends on size & jenis kain. Macam yg aku guna RM1/roll. Guna dlm 10 roll macam tu..

  • lidi satay - Semua house murah. Kalau kat Tesco ke apa ke dia pendek..so if nk yg panjang dkt kedai brg2 kahwin bnyk.

  • net bunga telur - beli yang ready made kat Semua house. Senang tak payah potong dah. RM10 utk 100pcs.

  • wire nk ikat2 & pintal2 RM1 (tips - beli yg no dia lg besar..lagi besar lg lembut senang nk pintal2)
  • tape bunga - dependslah nak warna hijau ke putih. Macam aku, aku amik yg putih. RM1/roll.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails