gy

let's get connected

Monday, December 2, 2013

DIY project kahwin: cushion hiasan bilik pengantin




Assalamualaikum & hello...

next review untuk projek DIY project kahwin aku kali ini ialah antara yang menjadi favourite aku!
Biarlah berkali - kali aku nak stresskan DIY projek yang aku buat kalau boleh taknk membazir & lepas majlis buang sahaja.. konsep DIY aku adalah 'Do It Yourself' & pakai balik bukan pakai buang :)

Idea terdetik bila ku pikirkan bagaimana nak hias bilik pengantin.. almaklumlah bilik pengantin adalah bilikku yang sedia ada..perabot pun guna yang sedia ada je.. cuma aku beli tilam baru sebab mak aku bising katanya tilam aku dah lama..

lepas tu nak dijadikan cerita..almari bilik aku pulak roboh..hahaha.. macam tau2 je nak minta diganti.. almari rangka ikea yang takde pintu, sesuailah untuk orang bujang..
memang takde niat nak beli baru walaupun mak dah bising. at first aku ingat nak tutup je dengan string curtain (betul ke istilah aku ni?) alah, curtain yang tali jurai - jurai yang selalu orang guna as area separator antara dapur dgn ruang tamu tu.. tapi tak sempat guna, almari dah roboh! terpaksa buat muka kesian minta 'incik tunang' masa tu sponsor almari..ngee..

berbalik pada kisah cushion cover ni.. kan dah biasa orang hias dgn bantal kecik-kecik kat atas katil & now also trend org buat felt craft cushion.
ala macam ni..

 
                                              ihsan dari myMyEa precious collection
 


*Tink! terdetik idea..
nak buatlah..macam senang je...
tapi xnaklah yg comel2 gini..
nak yang sweet romantic gitu..

googlelah cara-cara nak buat craft felt ni..
cara yang betul ialah dengan menjahit..
tapi ada yang nak cepat, gam kan aje..

so yang mana aku pilih?
mestilah gam kan aje..
pemalaslah katakan...hehehe

disebabkan nak jimat, beli kain pun yang murah je..
beli kat Daiso RM 5.. ingat memula nak test je..sekali dah beli, buat ko ingat aku rajin nak buat semula? memang taklah..

lepastu aku beli gam kain pun kat Daiso RM5
tapi kalau korang nak cari gam kain yang berkualiti better beli kat Art friend mcm yg aku pernah review before this..

cushion cover beli kat mana?
beli kat ikea.. RM19.90 satu..
masa ni tengah promo.. harga asal RM29.90 kot if tak silap (lupa sudah)
actually, banyak je yang murah kat Jusco, Tesco etc..
tapi aku memang dah berkenan dengan corak Ikea ni..

bahan-bahan yang diperlukan:

  1. kain felt RM5 Daiso
  2. gam kain RM5 Daiso
  3. spray mount (temporary gam) harga tak dapat dikenal pasti sbb guna ofis punya
  4. cushion cover RM19.90/1pc IKEA (nak DIY boleh nak beli pun boleh) 
Cara-caranya:

  1. so apa yang korang perlu lakukan adalah type & printkan write out atau image yg korang nak tu.. of course sumber terbaik aku adalah ofis.. pilih font & print A3 saiz atau mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. tampal atas kain felt menggunakan spray mount. Lepas tu cut out ikut tulisan/ image tu. Dah siap bolehlah cabut kertas tu
  3. next step acukan atas cushion cover ikut kesesuaian or kesukaan korang.. ni macam yang aku buat..
 
                                  untuk dapatkan lurus, aku guna benang..and tapekan kat lantai
 
       4. last but not least, tampalkan satu - satu menggunakan gam kain ... pastu siap!
 
tarra! kami dengan bantal masing-masing. Credit to my bestie yg tengah2 tu atas gambar ni..
Sweet romantic tak?
tarikh nikah kami!
 
 
 
 
weee.... tak sabar nak tunggu official gambar dari official photographers ni! mesti cantikkan.. hahaha.. perasan!
 
Nampak senang tapi agak rumit sikit. sebab pilihan font aku amatlah halus, susah nk gunting & gam.. font yang macam ni sebenarnya lagi senang guna sticker. Google gak mana nak cari 'iron on sticker' tapi tak jumpa..kalau korang tau kat mana ada jual, bagitaulah..
 
so last choice gam jelah.. tapi gam tak kuat, so yang terbaik adalah jahit..
 

Honeymoon ke Koh Samui



Assalamualaikum & hello..

Stop kejap pasal DIY projects ni.. meh nak cerita pasal our honeymoon dulu..

so ke mana arah tuju kami?
Dekat je... Negara jiran je..

Krabi? Phuket?Bali?

NO..NO..NO...

its Koh Samui, Thailand!

ha? kenapa Koh Samui?

kalau ikutkan nk Maldives..hehehe..tapi simpan dululah angan - angan..
Pastu berangan nak jadi macam artis.. honeymoon kat Europe
tapi bila fikir-fikirkan..
hurm..kata nak honeymoon, biarlah aktivitinya light & leisure je..
let's enjoy the view & each other.. *wink!

so, pulau antara banyak2 pulau yang terkenal sbg tempar perlancongan, kenapa kitorang pilih Koh Samui? ada a few sebab:

alasan no 1: Airport dia lain dari yang lain.

alasan ni mungkin kelakar sikitlah..tapi ini memang cerita benar..
2,3 tahun yang lepas my ex-boss pergi family holiday kat sana..
of course as an architect, we love to share beautiful buildings yg kitorang leh jadikan inspirasi..
pastu boss pun tunjuk gambar-gambar bangunan kat sana..
yang paling menariknya adalah airport dia!
so, sejak dari hariitu aku cakap aku nak pegi sana.. tapi takdelah purposely untuk honeymoon kan...


alasan no 2: pulau yang jarang orang Malaysia pergi.

hehe.. boleh ke bagi alasan macamtu? yelah, kalau Tanya kengkawan aku pergi honeymoon mana?...
Kalau tak Bali, Phuket..kalau tak pun Krabi.. so jarang dengar org review pasalKoh Samui. So, from there, we decided to go to Koh Samui, lagipun Krabi aku dah pernah sampai so kira mcam kurang adil kalau honeymoon pergi lagi situ..hehehe..

Conclusion dari trip ni? Kedua-dua alasan yang aku bagi adalah benar lagi nyata..Airport dia memang cantik! It's a tropical concept airport! Sesuai dengan pulau ni! Kalau cakap pasal tropical, apa yang korang paham?
Ianya kayu kayan! Structure & architecturenya kayu kayan jugak! bumbung airport pun diperbuat dari atap nipah..camne tu untuk airport? selalu kan orang buat resort je yg guna kayu & nipah ni.. tak ke unik gitu?

 
ops! silap... hehe ni gambar pre-wed kitorang! kat Sepang Gold Coast..tapi atap airport Koh samui camtulah! xcaya?
 
Inilah dia! gambar ni di ambil atas tram.. Kelas ko! Passenger tunrun dari flight, dia akan bawak naik bus tram. Ingatkan jauh, rupanya sekangkang kera je..Air Asia patut provide benda ni, takdelah lenguh kaki mek nak berjalan..hehehe..
 
 
Bahagian dalam Airport.. right after imigresen, diorang bukak counter sewa kereta, motor or teksi.
 
 
 
courtyard!

 





Koh Samui airport view dari kejauhan..hehehe

 
finally, Kami berdua 'the Honeymooners'

 
at first, kitorang nak sewa motor je sebab bila blogwalking ramai yang suggestkan sewa motor je..murah & senang bergerak ke sana sini tapi ramai jugak mostly mat saleh cakap agak bahaya sebab jalannya agak teruk & berliku -liku.. tapi kitorang piker..hurm..mat saleh mungkin tak biasa bawak motor.. tapi last- last, kitorang terpedaya dgn sales girl kete sewa, kitorang pun 'ter'ambil kereta sewa dengan harga rm80 sehari, lebih kurang harga kereta sewa kat langkawilah..
tapi awek siam tu bagi kitorang total 4 hari rm240 je meaning rm60 sehari.. 
and apa yg boleh dikonklusikan ialah memang berbaloi & tak menyesal sewa kereta sebab resort kitorang jauh dari town.. kata nak honeymoon, mestilah nak tempat yang privasi kan!
 
sekian dulu cerita pasal airport dan sewa kereta di sana. nantilah continue cerita pasal hotel resort kitorang! memang puas hati dengan harga bargain yang kitorang dapat dan layanan yang diterima.
 
till we meet again! chow!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails