gy

let's get connected

Monday, November 25, 2013

DIY project: rubber stamp

Assalamualaikum & hello..

lepas DIY kad kahwin sendiri..aku decide nak tambah accessory kat sampul surat kad. Nak gunting, tampal amatlah melecehkan dan juga time consuming.. pikir punya pikir..aha! apa kata buat cop je!

google punya google, oh!ramai rupanya yang dah buat.. Mat salehlah banyak.. tapi orang kita pun dah ramai dah..
 
so sample yang aku google.. antara yang menarik perhatian aku..

 
 
 
 
 
 
 
 
 
tapi aku punya?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Designed & done by incik suami...
penat aku google banyak2 tapi dia kata dia nak design.
so aku biarkan aje dia buat..
 
simple & nice.
tiada kerawang sana sini
memula dia nak buat ala2 fred perry logo
tapi macam tak sesuai dengan overall design kad kahwin kitorang je..
 
so nak tengok final product lepas dah siap?
 
 
tadaaa...
 
 
 
oh! tapi bukan warna biru..
yang ni kidnap ofis punya nak try je...
 
final colour untuk belah perempuan purple..
untuk belah lelaki mint green sama macam kad kahwin..
 
total cost untuk lelaki & perempuan?
 
 rubber stamp: RM 4.50 x 2
Stamp pad: RM 5.50 x 2
RM 20
 
 
tips nak tempah rubber stamp:
 
format PDF, JPEG pun boleh..
aku hantar kat Jln Brunei tapi rasanya kat mana2 kedai yang buat stamp harga lebih kurang. harga cop stamp pun bergantung pada saiz. Kalau besar of courselah lagi mahal kan? hurm, Mungkin kat Jln Brunei ni lebih murah sbb memang area dia.
aku just email je artwork, esok dah bole amik. Actually hari yg sama pun dh bole siap, cuma depends pada kelapangan masa jelah..
Lagi satu, cop stamp pun ada byk jenis.
ada yg dah ready dgn ink yg jenis tekan2 tu je..
 
Tapi of course aku amik yang paling murah...
ngee..
kata nak jimat!
 
 
 
tips nak beli stamp pad:
 
memula tu melilau gak lah nak cari stamp pad colour2 ni..
memang time tak cari, berlambak..bersepah-sepah..
tapi bila cari?
 
hampeh!
 
tapi zaman skrg tak susah..google aje..
so google punya google..
ilmu baru gak ni..
stamp pad pun ada banyak jenis tau!
ada yg ink pad yg mcm artline tu..
ada yg chalk pad, finishing dia effect kapurlah.. cantik! tapi warna tak berapa terang & mcam kurang sesuai.
yg lain tu hehehe aku pun dah tak ingat.. korang googlelah sendiri!
 
btw, mana aku beli?
hasil google:
One Utama: Craft Haven (mahal)
The Curve: Papier. Mahal compare to size tapi dah tak tau nak beli mana.. nak pejam mata jelah tapi tetiba teringat aku pernah nampak signage kedai arts & stationary baru bukak dekat the Curve..okay2, so KIV dulu Papier ni...
Pergilah Art Friend, The Curve..
 
 
 
 
WAHHHHH!!!!!!
 
Excitednya aku!
memang betul2 arts craft shoplah..
macam2 ada..
org suka buat craft & DIY project memang disarankan pergi..
 
so, disinilah aku beli stamp pad yg berharga RM 5.50
 
p/s- Art friend ni pun ada dekat Midvalley..
 

DIY project: Kad Kahwin


Assalamualaikum & hi,

sharing tips untuk entry kali ini adalah mengenai kad kahwin kitorang!
Yes! completely 100% done by us..

Actually, kerja -kerja design & final product of kad kahwin ni bukanlah asing bagi aku. Memang sebelum ni aku memang ada buat bisnes kad kahwin yang mana aku memang amik tempahan dari segi design sampailah ke printing.

Jadi kenapa stop? tak untung ke?
Untung! Banyak untung ma! Nasib aku freelance je..tak amik untung banyak macam kebanyakan kedai-kedai or orang-orang yg buat bisnes ni.

Aku stop sebab kekangan masa.. Ofis yang aku kerja sekarang ni agak limited untuk aku buat kerja part time lain, so aku decide untuk buat upon request sahaja yang mana selalunya untuk kawan-kawan.

so, takkan tokey kad kahwin nak tempah kad sendiri kat orang lain kan? hehe..

Untuk design kad kahwin aku, memang teramatlah simple but nice. Boleh ke puji hasil kerja sendiri? hehe.. Actually, of course hasil kerja incik suami jugak..

aku design overall look & front cover tapi bab map aku memang serah pada dia. So dia yang lukis & design map tu..

cuba tengok sikit macamana rupa kad kahwin kitorang tu..
tengok korang agree tak simple yet elegant & nice (poyo!)

ini bahagian depan @ cover
 
ni bahagian map @ belakang..
 
yes..kitorang punya kad hanya sekeping sahaja..takde lipat2, takde kerawang2..
inspired by English wedding invitation.
Kalau ikutkan aku dekat bahagian depan pendek je aku nk tulis ala2 macamni
 
 
tapi nanti banyak pulak orang komplen..so aku pun panjangkanlah ikut tradisi kad kahwin orang melayu..
 
yang ni 1st design untuk our kad. Bila aku tengok balik macam lagi cantik je dari yang final option..hee..tapi nak buat camne dah lepas dah..
 
meh, nak cite pasal finishing kad kitorang.. oleh kerana ianya hanya sekeping sahaja so taknaklah Nampak macam lousy & cheap. Kitorang guna kad yang berat dia 160gsm maknanya tebal. Untuk finishing, memang aku tak suka kilat2 ni.. so kitorang matte laminate so dia Nampak macam mewah sikit..sikitlah..tak banyak pun..hehehe
untuk sampul surat kitorg beli warna cream.
 
total cost?
nak tau ke?
RM 0.35 sekeping untuk 1000pcs..
500pcs untuk belah perempuan & 500pcs untuk belah lelaki.
murah tak?
 
nak tempah kad kahwin mengikut design & bajet korang?
bolehlah contact aku melalui email
 
Inshaa allah aku bagi harga yang terbaik untuk korang... :)
 

ni hasil print & potong sendiri guna printer ofis atas sebab2 teknikal kad tak siap lagi bila nak balik kampung.. (last minit plan nak balik kampung)
 
ni gambar masa official announcement & invitation to close friends
 
so, that is the story of our DIY kad kahwin.
 

Tuesday, November 12, 2013

DIY project: tissue paper flowers bunga telur

Assalamualaikum & hello..

Entry ni nak tunaikan janji pada diri sendiri..seperti yang telah disenaraikan dalam entry ni, so 1st DIY projek review ialah bunga telur yang menggunakan tissue paper.

er, nak tutorial ke? tak payahlah rasanya.. sebab kalau korang google pun dah berderet tutorial ni. sekarang ni memang hangat orang kita dok buat tissue paper flowers. Sori aku tak boleh nak credit to which blog aku refer to..sbb paham2 jelah masa aku jadi bride to be aku teramatlah sibuk, mana dengan kerjanya mana dengan persiapan kahwinnya. so masa tu kebanyakannya aku google, baca & memorized step by step. Mana yang aku berkenan dgn gambarnya, aku saved.

So, maybe aku share tips jelah er.. :)

Anyway, versi tissue paper flowers aku...

jeng..jeng..jeng..

 
er..buruknya!hahaha

ini sebenarnya percubaan kali pertama. kan dah kata aku google, baca dan hafal step by step..sbb tu jadi macam ni sbb almaklumlah otak manusia..dan kerana itulah ianya buruk dan amat memalukan :p

Percubaan pertama aku guna crepe paper yang aku beli 1 paket kat semua house. sori, tak ingat harga tapi rasanya rm2 sepaket. Cubaan pertama memang tak puas hati tapi tak tahu kenapa tak jadi.


aku godek2 barang kat rumah..tetiba aku terjumpa satu kertas warna mint. aku try buat & aku rasa macam sedikit puas hati.. nicer than 1st attempt.


So, dari situ aku tahulah..kertas memainkan peranan. at 1st, aku pikirkan crepe paper tu sama dengan tissue paper tapi sebenarnya tak sama. Mana nak tahu incik google cakap banyak je orang guna crepe paper buat paper flowers. Sebenarnya boleh jugak tapi tahap flowy dia tu kureng sket.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku jalan2 dekat midvalley sorang2.. aku masuk Daiso dan aku ternampak Tissue paper yang siap dipotong empat segi kecil. Siap ada gambar tutorial..

ada 2 jenis yang dia jual.. 1 yang dia dah potong empat segi kiranya kau tinggal, lipat2, ikat & carik-carikkan aje..  1 paket tu ada yang dia dah campur warna dan ada yang 1 warna je..

dan 1 lagi jenis dia memang dah potong empat segi dan siap dah lipat & ikat. Kira kau tinggal carikkan aje.

huh! senang bangat! cuma yang ini dalam 1 paket ikut warna je..

Disebabkan aku nak buat kaedah cuba jaya dan memang dah impikan bunga telurku berwarna warni pastel colour so aku pun beli yang jenis no. 1.

so, standard Daiso harga RM5.
warna-warna yang terdapat dalam 1 paket

kalau korang notice yang warna pink tu ialah saiz asal paper tu.. agak besar untuk buat bunga telur.. so apa yang aku buat adalah aku kerat 2 kertas tu.. so dalam 1 paket tu aku boleh dapat er.. aku pun tak ingat tapi rasa lebih dari 50 kuntum.

bila aku dah pandai, aku berlagak dengan masa tu incik tunang aku.. so aku suruh dia buat. Aku cakap mulut je.. buat camni..camni..camni..takde demo takde apa. so incik suami pun balik rumah dan melakukan eksperimen sendiri. Hasilnya?

Not bad for a 1st timer yang hanya dengar seorang perempuan terangkan macamana nak buat je kan?


Tersenyum aku bila dia tunjuk kat aku..hehe..siap letak riben tu! tak tahan..
So after work, kitorang lepak kedai kopi & buat..masa tu barulah aku turunkan ilmu di dada pada dia.


Tengok tangan siapa yang buat :)

 

bukti I pun ada buat k..


Hasil buah tangan kami.

incik suami hanya tolong buat bunga & riben.. yang combinekan menjadikan nya bunga telur adalah aku. buat riben lilitkan pada lidi satay, letak kain net & lilit dgn tape bunga.
Sebenarnya tak perlulah tangan kreatif sgt. Hanya ada kemahuan & kaedah cuba jaya.. Anda sudah Berjaya jimat.  Kalau nak beli yang ready made pun ada..kalau yang mahal memang cantik tapi yg murah..paham2 ajelah kan.. so kalau korang buat sendiri, cantik ke buruk ke percayalah korang akan puas hati tgk hasil kerja tangan sendiri.. Cuma kena sabra & tekun.. caiyok!


hasilnya.. mana warna pastelnya?hahaha too much colour & terlalu terang. So I omit kaler merah, biru, kuning & putih.. warna oren & green (sepatutnya peach & mint) beli lain dekat Popular bookshop sbb nak efek pastel kaler..tapi tak menjadi :)


nanti kalau dah dapat gambar dari official photographer I update semula the final outcome!  Credit to my bestfriend Farhana & my sisters yang letak telur & cucur dekat pahar!


 
Where to get:
  •  tissue paper - Daiso RM5
                                - Popular bookshop
                                - Online shop
  • Crepe paper - most kedai barang kahwin (Semua house kat jln TAR, kat Nilai pun banyak, kedai stationery pun ada) Crepe paper senang sikit nak cari compare to tissue paper.

  • Riben - Semua House murah depends on size & jenis kain. Macam yg aku guna RM1/roll. Guna dlm 10 roll macam tu..

  • lidi satay - Semua house murah. Kalau kat Tesco ke apa ke dia pendek..so if nk yg panjang dkt kedai brg2 kahwin bnyk.

  • net bunga telur - beli yang ready made kat Semua house. Senang tak payah potong dah. RM10 utk 100pcs.

  • wire nk ikat2 & pintal2 RM1 (tips - beli yg no dia lg besar..lagi besar lg lembut senang nk pintal2)
  • tape bunga - dependslah nak warna hijau ke putih. Macam aku, aku amik yg putih. RM1/roll.


Senarai DIY project






Hello...Assalamualaikum & Hi...

untuk entry kali ini, aku nak listkan dulu Project-project DIY yang aku bersama incik Suami kerjakan sepanjang persediaan majlis kami yang lepas. In shaa Allah, aku akan review satu persatu dalam entry2 seterusnya.

Syukur Alhamdulillah, aku amatlah bernasib baik kerana dapat seorang lelaki yang sangat2 supporting dan ringan tulang, sama2 menjayakan projek2 ini. Demi Allah, I can never have done it without the help of him.

So, here's the list:
  1. tissue paper flowers untuk bunga telur
  2. kad kahwin
  3. sticker untuk goodies
  4. cop stamp
  5. hantaran
  6. langsir bilik pengantin
  7. cushion cover untuk bilik pengantin
  8. cushion cover untuk pelamin nikah
  9. Pelamin Nikah
  10. guestbook
  11. hanger baju bride & groom
  12. flower girls dress
  13. photobooth props  & deco
  14. deco meja makan pengantin
  15. centrepiece meja makan tetamu 
  16. Road sign majlis perempuan & lelaki
  17. deco bilik pengantin
  18. langsir rumah
  19. bridesmaid thank you tag & VIP tag
huwargh!!!banyak jugak ye...er..aku pun tak perasan sebanyak ini..hehe rasa macam
 takdelah banyak sangat. hurm..patutlah lepas kahwin ni rasa macam kosong je aktiviti kraftangan ni..

tapi satu pesan ku.. buat ikut kemampuan diri. kalau ikutkan hati semua benda nak buat sendiri tapi of course tenaga dan masa memang tak terkejar.. so before buat apa2, pikir dulu tahap kemampuan okay, kawan2!

sebab tu kalau korang perasan, goodies tiada dalam senarai DIY projek kami.. sebab awal2 dah tau..knowing me punya perangai memang awal2 dah surrender :P

Friday, November 8, 2013

Saat aku Terima Nikahnya


Alhamdulillah, Saat Aku Terima Nikahnya 18 Oktober 2013.



Akhirnya beralih ke satu fasa yang baru dalam kehidupanku. Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami.

In shaa Allah, aku akan sharekan pengalaman preparation majlis kami. Mungkin agak lain dari orang lain sbb kebanyakan orang menceritakan ketika saat-saat preparation majlis mereka, betapa stress, pening kepala dan sebagainya.

Walaupun backdated tapi masih segar dalam ingatan sebab kami adalah pengantin 'budget'! memang dari awalnya kami dah set our mind 'belanja berpada-pada dan jangan sampai takde duit langsung lepas kahwin'. From there we decided to do our little DIY projects.

Alhamdulillah, lepas kahwin pun tak terasa sangat duit yang dibuat belanja. So an advise, jangan terlalu ikut sangat trend semasa. Ukur baju di badan sendiri. Ikut hati memang nak tu,nak ni..pastu mulalah pujuk hati 'alah, sekali seumur hidup je' tapi kenapa nak berhabis-habisan untuk satu hari padahal kehidupan yang sebenar adalah selepas kahwin? betul tak?  Ewah, macam pandai je tapi itu semua hak individu untuk dapatkan kepuasan sendiri :)

Jom nak share sikit gambar masa majlis akad nikah kami.


 DIY pelamin nikah done by us with the help of my older sis & brother in law


 
 
Simple fresh hand bouquet done by my beloved older sis, Kak Lang
 
 
 
 
 
our own cutout photo props handmade by man :)
 
 
 
 
oh! finally, he's my man! btw love the wall colour. Nasib baik decided tak nak cat bilik. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails