gy

let's get connected

Tuesday, November 12, 2013

Senarai DIY project






Hello...Assalamualaikum & Hi...

untuk entry kali ini, aku nak listkan dulu Project-project DIY yang aku bersama incik Suami kerjakan sepanjang persediaan majlis kami yang lepas. In shaa Allah, aku akan review satu persatu dalam entry2 seterusnya.

Syukur Alhamdulillah, aku amatlah bernasib baik kerana dapat seorang lelaki yang sangat2 supporting dan ringan tulang, sama2 menjayakan projek2 ini. Demi Allah, I can never have done it without the help of him.

So, here's the list:
  1. tissue paper flowers untuk bunga telur
  2. kad kahwin
  3. sticker untuk goodies
  4. cop stamp
  5. hantaran
  6. langsir bilik pengantin
  7. cushion cover untuk bilik pengantin
  8. cushion cover untuk pelamin nikah
  9. Pelamin Nikah
  10. guestbook
  11. hanger baju bride & groom
  12. flower girls dress
  13. photobooth props  & deco
  14. deco meja makan pengantin
  15. centrepiece meja makan tetamu 
  16. Road sign majlis perempuan & lelaki
  17. deco bilik pengantin
  18. langsir rumah
  19. bridesmaid thank you tag & VIP tag
huwargh!!!banyak jugak ye...er..aku pun tak perasan sebanyak ini..hehe rasa macam
 takdelah banyak sangat. hurm..patutlah lepas kahwin ni rasa macam kosong je aktiviti kraftangan ni..

tapi satu pesan ku.. buat ikut kemampuan diri. kalau ikutkan hati semua benda nak buat sendiri tapi of course tenaga dan masa memang tak terkejar.. so before buat apa2, pikir dulu tahap kemampuan okay, kawan2!

sebab tu kalau korang perasan, goodies tiada dalam senarai DIY projek kami.. sebab awal2 dah tau..knowing me punya perangai memang awal2 dah surrender :P

Friday, November 8, 2013

Saat aku Terima Nikahnya


Alhamdulillah, Saat Aku Terima Nikahnya 18 Oktober 2013.



Akhirnya beralih ke satu fasa yang baru dalam kehidupanku. Terima kasih Ya Allah kerana dipermudahkan segala urusan kami.

In shaa Allah, aku akan sharekan pengalaman preparation majlis kami. Mungkin agak lain dari orang lain sbb kebanyakan orang menceritakan ketika saat-saat preparation majlis mereka, betapa stress, pening kepala dan sebagainya.

Walaupun backdated tapi masih segar dalam ingatan sebab kami adalah pengantin 'budget'! memang dari awalnya kami dah set our mind 'belanja berpada-pada dan jangan sampai takde duit langsung lepas kahwin'. From there we decided to do our little DIY projects.

Alhamdulillah, lepas kahwin pun tak terasa sangat duit yang dibuat belanja. So an advise, jangan terlalu ikut sangat trend semasa. Ukur baju di badan sendiri. Ikut hati memang nak tu,nak ni..pastu mulalah pujuk hati 'alah, sekali seumur hidup je' tapi kenapa nak berhabis-habisan untuk satu hari padahal kehidupan yang sebenar adalah selepas kahwin? betul tak?  Ewah, macam pandai je tapi itu semua hak individu untuk dapatkan kepuasan sendiri :)

Jom nak share sikit gambar masa majlis akad nikah kami.


 DIY pelamin nikah done by us with the help of my older sis & brother in law


 
 
Simple fresh hand bouquet done by my beloved older sis, Kak Lang
 
 
 
 
 
our own cutout photo props handmade by man :)
 
 
 
 
oh! finally, he's my man! btw love the wall colour. Nasib baik decided tak nak cat bilik. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails