gy

let's get connected

Wednesday, April 6, 2011

manusia mudah alpa..



Yer!dan aku salah seorang yang tergolong dalam kelompok itu..
Bila musibah melanda diri, tatkala itu baru akan teringat tuhan..
ingat Allah..

Ya Allah, ampunkan hamba Mu ini..
Sesungguhnya aku manusia yang lalai dan alpa dengan kebahagiaan duniawi yang Kau taburkan padaku..
sehingga aku lupa untuk bersyukur pada mu..

Pagi ni aku dalam keadaan marah..
tapi aku fikir tak guna aku marah2..
nak marah pun marah siapa?
marah orang yang turap jalan pagi2 buta yg menyebabkan jalan jam?
nak marah pun tak guna..
bukannya aku boleh bersemuka pun dengan dia..
kalau bersemuka pun,bukan salah dia pun..

Jadi..aku beristighfar..muhasabah diri..
Macam2 yang dah berlaku semenjak 2 menjak ni..
Kalau ikutkan tidaklah sebegitu besar..
tapi dugaan datang silih berganti..
membuatkan aku rasa terbeban..
dengan keadaan aku sekarang cepat melenting dan marah..
pasti itu semua kerja syaitan nirojim!


Dalam keadaan kereta yang tak berapa nak bergerak..
aku berfikir..
kenapa ya?
kenapa semua ini harus berlaku?
kenapa masalah silih berganti..

dan aku mulai sedar..
aku semakin menjadi hamba Allah yang teruk!

malu untuk bercerita keburukan diri sendiri sebenarnya..
tapi hakikatnya begitulah..

Quran kitab suci dah lama aku tak sentuh..
Yaasin jugak dah lama aku tak baca..
dan begitu lama jugalah aku tidak sedekahkan Yaasin pada arwah abah..
syukur, kadangkala aku sempat sedekahkan Al-Fatihah padanya ketika aku menyusuri jalan di kuburnya..
Dan mujur..tikar sejadah dan telekung masih belum aku lupakan..
Mujur juga aku masih mempunyai seorang ibu yang sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang solat, quran dan yaasin..serta cara berpakaian..
cuma kadangkala aku degil untuk mengikut nasihat mak..
tapi mak masih tidak jemu2 menegur aku..

dan tatkala itu, airmata aku menitis..
mungkin ini semua berlaku kerana Allah mahu menyedarkan aku..
Tuhan masih sayangkan aku..dan masih ingin menolong aku..
dan kerana itu masih tergerak hati ini..

dan ketika aku mencoret ini, airmata berginang..
cuba ku sembunyikan..takut budak2 ofis ni nampak..
segan aku!

Ya Allah..ampunkan hambaMu ini ya Allah..
Berikan aku hidayahMu dan keberkatan serta rahmat Mu ke atas diriku..
dan seluruh ahli keluargaku..
jadikanlah aku hambaMu yang lebih baik, Ya Allah..

dan ketika ini juga aku teringat akan lagu ini..ingatlah Allah..
dalam cerita indon..tak ingat tajuk apa..tapi aku ingt budak nama nabila..







Di waktu kaya ingatlah pada Allah 
Di waktu miskin ingatlah pada Allah 
Di waktu sehat ingatlah pada Allah 
Di waktu sakit ingatlah pada Allah


* Kerjakan perintahNya 
Jauhi laranganNya 
Itulah orang yg diingat Allah


Banyak yg kaya lupa pada Allah 
Banyak yg miskin jauh dari Allah 
Banyak yg sehat lari dari Allah 
Banyak yg sakit meninggalkan Allah


Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya 
Tidak kenal kepada Allah

** Ingatlah wahai manusia 
Semua kan kembali pada Allah 

Ingatlah wahai manusia 
Hidup matimu di tangan Allah


Di waktu sehat ingatlah pada Allah 
Di waktu sakit ingatlah pada Allah


repeat *

repeat **

repeat **

Banyak yg kaya lupa pada Allah 
Banyak yg miskin jauh dari Allah 
Banyak yg sehat lari dari Allah 
Banyak yg sakit meninggalkan Allah


Itulah orang yg sombong kepada Tuhannya 
Tidak kenal kepada Allah




nota kaki: entry ini sepertinya membuka pekung di dada sendiri..namun aku harus luahkan jua apa yg ku rasakan tatkala ini..agar dapat berkurangan sedikit beban yang aku pikul..

Tuesday, April 5, 2011

Apabila tayar kereta pancit..



huhuhu..itulah payahnya jadi wanita ini..bila kerja berat- berat payah dah nak buat..
payah ke jadi wanita?ke senang?sebab senang dapat bantuan? =)

ni 1st experience berdepan dengan situasi sebegini..before this pernah gak terbayang - bayang kalau tetiba kereta aku break down ke apa ke..tapi selalu mintak simpanglah kan..terbayang je tapi tak pernah pikir pun kalau betul2 jadi apa aku nak buat..

So, semalam terjadilah perkara sebegitu..tapi nasib tayar pancit je..huhu..
semalam hari yang tak berapa baik pada aku.
Mungkin tulah sebab merajuk dengan mak aku kot pagi tu..
sepatutnya pagi- pagi sebelum keluar kerja kenalah dengan muka manis dan restu ibu bapa,
tapi pagi tu aku dah tarik muka kelat dengan mak aku..Siap taknk bawak bekal makanan lagi..

Ye!boleh di katakan tiap-tiap hari saya bawak bekal ke pejabat,Ok! 

Alkisahnya dari ahad lagi aku dah mogok lapar dan berkurung je dalam bilik!

ok,back to the story..balik dari keje..drive kete cam biasa..
jalan jam kan..tetiba ada motor berhenti sebelah aku..
tegur..dia ckp apa ntah,aku tak dengar..
aku ingt dia tegur pintu kete aku tak rapat..
hee..sbb pnh b4 this pun penah kene tegur camtu..hahaha..
aku buka pintu, then tutup dgn kuat!
motor tu tak bergerak lagi..

Aik!apa mamat ni nak?
aku buka pintu semula..
dia pun cakap..
tayar bocor tu!


Dang!!!

uish!ni mesti teruk sangat ni smpi orang tegur camtu sekali..
aku dah panik dah..
apa aku nak buat ni?
ikut hati nak je aku drive sampai rumah..
tapi ko ingat rumah aku dekat?
hee...
okay2..berhenti tepi..nak berhenti pun jalan jam!takde pun emergency lane..
last sekali aku berhenti kat bus stop federal highway, lepas dari jambatan pulau pinang tu..

okay!now think!what to do?
call 3..huhu..tapi tau dia mmg takleh nak membantu pun..
nak mintak tlg orang..takde orang pun yang berhenti..mngkin sbb aku berhenti kat bus stop kan..so diorg ingat aku tgh tunggu someone ke apa..

nak minta tlg orang2 yang kat bus stop tu..
Shit!baru aku teringat!aku dah tinggal sume tools kat rumah..
Hampeh!

aku pun call kawan aku..tanya dia wether dia boleh tolong..
dia kata dia pun tak reti..

Tettttt!!!!


heee..aku taknk bgtau nama k..
tp dia suggest aku call insuran je..
tapi lagi satu hampeh aku ni!
aku tak tau kete aku pakai insuran apa!

apa ke sengallah aku ni kan?
hee..sbb aku beli thru myeg..so aku takde agen..
aku pun call sume insurance company..sume takde rekod kete aku..
aku dah mula dah nak ngamuk dgn myeg..hee..

so..jalan terakhir..aku call D..
tanya di mana dia..
dia kat bangsar!

cantek!dtg tolong I cepat!
sementara dia nak datang tu..almaklumlah jalan jam...
adalah sebijik kereta gen 2 dinaiki oleh 2 orang jejaka hensem yang baik hati tolong aku..

eleh!
sbb diorg tolong kaulah kau kata diorg hensem kan?
kan?kan?
eh!tak jugak..bolehlah tahan gak rupa dan gaya mereka!sedap mata memandang gak..

aku pun call D..

aku: takyahlah datang..ada orang dah tolong I lah..


D: u ni tak consider I lah..I dari jauh tempuh jam..nak pergi tolong u..lepas tu u cakap tak payah pulak..habis takleh jumpalah ni..


aku: I sakit kepalalah u..mmg today is not a good day..


D: bla..bla..bla..bla..


aku: (aiseh!mamat ni..bisinglah..kuat membebel!)

sampai rumah,bibik cakap mak pergi hospital!

Pang!

aku dah terkejut dah...
wah!anak derhaka aku ni! apa lagi yang nak berlaku lagi ni..

bibik ceritalah kaki mak berdarah..darah memancut - mancut..
kaki mak memang dah lama luka..
orang kencing manis..luka memang lambat sembuh..

bibik lak sempat tanya aku..
pagi tadi kenapa taknk bwk bekal?
sedap tau bibik masak kuew tiaw goreng..
banyak ayam bibik letak..
kamu takut gemuk ke?

hee...

aku call kakak aku..kakak aku cakap tak jumpa pun lagi Dr.
dari pukul 5 ptg smpi pkl 9mlm tak jmpa lagi?
haish!itulah kalau g HUKM or even othe hospital kerajaan..

sbb perasaan yg sgt bersalah pada mak..aku pun niat nak tunggu mak..
tunggu mak dalam bilik mak..

dan akhirnya aku bangun pukul 6 pagi di sisi mak!

hee...kesimpulannya aku tak sedar langsung bila mak balik!

hampeh tul!

nota kaki: pasni kene belajar tukar tayar kereta k cik fiefa..barulah truly independent woman!huhuhu..and aku dah tau dah aku pakai insuran apa..MAA takaful da..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails